in ,

Faizal Tahir Mencari PeMENANG Bertuah!

Bila sebut saja nama Faizal Tahir pasti sudah ramai mengenalinya dengan hasil karya beliau yang mantap dan lagu yang merdu menusuk hati si pendengar kerana setiap ciptaan lagu-lagu dari beliau juga tidak pernah mengecewakan.

Faizal Tahir, amat dikenali sebagai salah seorang penerbit mahupun pencipta yang ingin melakukan pembaharuan dan kelainan dalam setiap muzik baharu ciptaannya.

Terbaru, Faizal Tahir akan buat kejutan di hari bahagia di majlis perkahwinan korang. Apa kata korang cuba nasib sertai peraduan ini. Seorang pemenang bertuah akan dipilih. Caranya, korang boleh rujuk kepada gambar kat bawah ni:

Faizal Tahir - Mencari peMENANG bertuah!

Pada penghujung tahun 2016, beliau telah menghasilkan album berjudul ‘Anatomi’ dimana menampilkan tujuh buah lagu termasuk single Assalamualaikum, Sayang, Sejati dan Setia. Tiga lagi lagu baru yang dimuatkan ialah Suriram, Menang dan Bukan Yang Pertama.

Di samping itu, ia turut memuatkan bonus track iaitu Dirgahayu, Negaraku dan tiga versi Assalamualaikum iaitu versi Anugerah Bintang Popular BH(Berita Harian) 2014, Anugerah Juara Lagu ke-30 dan Akustik.

Kini, beliau tampil dengan single terbaharunya ‘Menang’, sebuah lagu hasil ciptaan beliau sendiri bersama Mike Chan dan Ezra Kong. Lagu yang mengisahkan tentang pasangan yang saling mencintai antara satu sama lain, lalu sedia menerima lamaran kekasih hati yang menerima kekurangan pasangan seadanya sehingga ke akhir hayat sebagai peneman hidup.

Teristimewa buat peminat Faizal Tahir lagu ‘Menang’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun di semua digital platform Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX, Yonder Music dan KKBox. Ini pautan untuk lagu ‘Menang’ di digital platform: https://wmm.lnk.to/MenangFT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem WONDER

Pertandingan Undi Parodi Influencer Kegemaran Anda