in , ,

Alif Buat Comeback Lancar Single Baharu BUAT SELAMANYA

Alif seorang rapper dan penerbit yang telah banyak mencipta lagu-lagu hits seperti SleeQ Untuk Dia ft. Najwa Latif, Salam Semua ft. Aaron Aziz, Tepi Sikit ft. Joe Flizzow, Kaka Azraff (Bukan Hal Aku ft. SleeQ) dan Najwa Latif (Satu Hari Nanti).

Ternyata setiap hasil ciptaan lagu yang dihasilkan oleh Alif mendapat tempat di hati para pendangar sekaligus lagu-lagu yang beliau cipta juga mempunyai rentak dan melodinya yang tersendiri. Beliau juga mempunyai produksi muziknya sendiri yang diberi nama ‘Magic Potions’.

Alif Buat Comeback Lancar Single Baharu BUAT SELAMANYA

Alif, merupakan salah seorang anggota SleeQ, bersama Syarif, kini beliau bergerak secara solo pula dan meneruskan karier muziknya lantas telah mengeluarkan single pertama beliau berjudul ‘Mama’ dan diikuti pula dengan dua online album iaitu ‘6560 Part 1’ dan ‘6560 Part 2’.

Kini, tahun 2017 bakal melabuhkan tirainya beliau muncul dengan single terbaharu berjudul ‘Buat Selamanya’. Sebuah lagu yang dicipta setelah banyak bekerjasama dengan ramai penyanyi dan sebagai peberbit muzik, Alif sudah sedia untuk membina kariernya pula sebagai artis solo.

Alif Buat Comeback Lancar Single Baharu BUAT SELAMANYA

Lagu yang mengisahkan tentang kasih sayang dan tanggungjawab pasangan untuk menjaga dan memberikan keselesaan kehidupan kepada sang isteri untuk meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik. Arahan muzik video ‘Buat Selamanya’ oleh Jasper dan tenaga produksi dari Vadbibes dan Magic Portions, manakala komposer dan penulis lirik pula oleh Alif sendiri.

Teristimewa buat peminat Alif lagu ‘Buat Selamanya’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun di semua digital platform seperti Apple Music,iTunes Spotify, JOOX, Yonder Music, dan KKBox. Ini pautan untuk lagu ‘Buat Selamanya’ di digital platform: https://wmm.lnk.to/alifbs

Alif Buat Comeback Lancar Single Baharu BUAT SELAMANYA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trailer terbaru Filem MARVEL STUDIOS’ AVENGERS: INFINITY WAR Trending Nombor 1 di Youtube

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem WONDER