in , ,

Peraduan Premiere With Budiey Filem DOWN A DARK HALL

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda untuk menonton sebuah filem yang diadaptasi dari novel bergenre horror, fantasi dan thriller berjudul DOWN A DARK HALL.

Filem ini dibintangi oleh AnnaSophia Robb (Charlie and the Chocolate Factory, Bridge to Terabithia), Uma Thurman (Kill Bill, The Con Is On), Isabelle Fuhrman (Orphan, The Hunger Games), Noah Silver, Kirsty Mitchell, Taylor Russell, Rosie Day, Victoria Moroles, dan lainnya.

Filem DOWN A DARK HALL

Budiey ada 60 pass untuk korang melihat aksi pelakon hebat dalam filem ini dan seterusnya menonton filem ini di TGV 1 Utama pada 14 Ogos 2018 (Hari Selasa).

Budiey nak mengajak anda semua menonton sebuah filem yang wajib ditonton ini di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa masuk ke pawagam.

[dropcap]K[/dropcap]alau nak tahu, filem DOWN A DARK HALL menceritakan seorang gadis remaja yang dihantar ke sekolah yang sangat menyeramkan. Filem ini diarahkan oleh pengarah Sepanyol Rodrigo Cortés yang mempunyai pengalaman membuat filem thriller dan seram.

Beberapa filem yang dibuat sebelumnya di antaranya Buried (2010), Apartment 143 (2011) dan Red Lights (2012). Naskah filem ini ditulis oleh Michael Goldbach dan Chris Sparling berdasarkan novel berjudul sama karya Lois Duncan.

Filem DOWN A DARK HALL dibintangi oleh aktres kelas A Hollywood, Uma Thurnman, yang berpengalaman berlakon dalam banyak filem pelbagai genre. Filem ini didokongi oleh pelakon lain seperti AnnaSophia Robb, Isabelle Fuhrman, Kirsty Mitchell dan Taylor Russell.

[pullquote align=”right”]Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang penuh dengan babak drama mengujakan ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?[/pullquote]

Filem DOWN A DARK HALL mengisahkan Kit Gordy (AnnaSophia Robb), seorang gadis muda yang agak complicated, dihantar ke sebuah sekolah yang cukup misteri dan mengandungi rahsia tersendiri, Sekolah Asrama Blackwood apabila sikapnya sukar dikawal oleh ibunya. Ketika tiba di sekolah, Kit bertemu dengan pengetua sekolah tersebut iaitu, Madam Duret (Uma Thurman) dan bertemu dengan pelajar lain empat orang. Mereka juga dianggap bermasalah seperti Kit. Semasa menerokai bilik bawah tanah, Kit dan kawan-kawannya mendapati Blackwood Manor menyembunyikan rahsia yang ada kena mengena dengan perkara-perkara ghaib.

Apakah kesudahannya, korang kena tonton di pawagam ya.

Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 16 Ogos 2018, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer DOWN A DARK HALL yang telah diriliskan di Youtube.

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak?

Untuk kalian yang menyukai filem bergenre drama drama suspen ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Filem DOWN A DARK HALL

Peraduan Tayangan Premiere Filem DOWN A DARK HALL

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 60 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
16 Ogos 2018 (Hari Khamis)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
TGV 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere DOWN A DARK HALL – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #DownADarkHall

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #DownADarkHall

 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon utama dalam filem DOWN A DARK HALL

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere DOWN A DARK HALL – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere Filem DOWN A DARK HALL

Tarikh tutup peraduan:

15 Ogos 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 16 Ogos 2018.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem DOWN A DARK HALL

Filem DOWN A DARK HALL

Filem DOWN A DARK HALL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jodoh Sempurna Dalam Telemovie LAKARKAN CINTA

Hantu Kak Limah Mendapat Kutipan Tertinggi Di Hari Pembukaan