in ,

Jodoh Sempurna Dalam Telemovie LAKARKAN CINTA

Pencarian cinta sejati demi mencapai keinginan jodoh sempurna sememangnya diimpikan semua orang. Jodoh tidak pernah salah orang. Hakikatnya jodoh merupakan perkara yang tidak diduga kerana ia ketentuan Allah dan tiada siapa yang boleh mengubahnya. Namun ia tidak akan datang sendiri jika seseorang itu tidak berusaha mendapatkannya.

FATHIA LATIFF / AFIQ MUIS / BORAK LOKASI

Jodoh Sempurna Dalam Telemovie “Lakarkan Cinta” di TV2

Kupasan menarik tentang pencarian jodoh sempurna ini dihidupkan dalam sebuah telemovie bertajuk “Lakarkan Cinta” yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 10 Ogos ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2.

Menampilkan gandingan pelakon utama Fathia Latiff, Afiq Muiz, Fauzi Nawawi dan Zulin Aziz, telemovie ini mengisahkan watak gadis bernama Adriana seorang yang jujur dan beliau memulakan fotografi sebagai bidang perniagaannya. Beliau turut dibantu oleh seorang rakan kenalan, Amy.

Pada masa yang sama Adriana juga berkenalan dengan Syahren yang pernah belajar bersamanya sejak sekolah menengah. Kini hubungan persahabatan antara mereka dieratkan lagi menjadi rakan perniagaan.

Masa berlalu dan tanpa diduga mereka mula menjadi rapat dan jatuh cinta. Tetapi Amy yang bekerja dengan Adriana adalah kekasih pertama Syahren dan Adriana sangat sedih apabila mengetahui perkara itu.

Apabila diketahui Adriana, Amy menceritakan kisah percintaannya dengan Syahren. Adriana rasa serba salah dan dia mahu menyatukan kembali hubungan antara Amy dengan Syahren.

Sementara itu bapa Adriana membelikan tiket kapal terbang untuk Adriana melancong ke negara Turki. Di Turki Adriana berkenalan dengan pemuda bernama Reza yang sebenarnya adalah adik kandung Syahren.

Ceritanya Reza melarikan diri ke Turki kerana ingin menjadi seorang pelukis. Dia berkeras tidak mahu menjadi seorang jurutera seperti dimahukan oleh abangnya. Justeru dia nekad melarikan diri semata-mata mengejar cita-citanya itu.

Adriana dan Reza kemudiannya balik ke Malaysia. Janji Adriana bahawa beliau akan minta bapanya yang juga seorang peminat lukisan untuk menolong Reza menjadi seorang pelukis yang bertauliah. Reza pula teruja dengan tawaran diberikan Adriana itu.

Sementara itu Syahren akhirnya telah sedar kesilapannya dan mula berbaik dengan Amy. Syahren juga terkejut melihat Reza dan Adriana menjalinkan hubungan yang rapat.

Adakah Reza rela menerima hakikat adiknya menjadi pelukis? Dan adakah dia sudi menerima Adriana sebagai bakal adik iparnya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Filem MILE 22

Peraduan Premiere With Budiey Filem DOWN A DARK HALL