in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton ALIEN: COVENANT

Hello semua pembaca! Ini adalah hadiah Budiey istimewa buat semua Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!

Anda nak menghadiri Tayangan Premiere ALIEN: COVENANT – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem pengembaraan ke angkasa lepas yang penuh dengan aksi pertarungan dengan makhluk asing serta babak suspen yang pastinya banyak sekali kejutan ni. Sebanyak 159 tempat duduk disediakan untuk anda semua. Mesti meriahkan menonton filem ni ramai-ramai, kan? Haa, barulah happening.

Filem aksi ALIEN: COVENANT lakonan hebat Michael Fassbender, Katherine Waterston, Billy Crudup dan ramai lagi ini akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 10 Mei 2017.

Alien: Covenant

Sinopsis Filem ALIEN: COVENANT

ALIEN: COVENANT (FOX)

Local Release: 10th May 2017 with special sneaks May 9 (Previously 11th May)

Director: Ridley Scott
Screenplay: John Logan* (*writing credit not final)
Producers: Ridley Scott, Michael Schaefer, Mark Huffam
Cast: Michael Fassbender, Katherine Waterston, Billy Crudup, Danny McBride, Demián Bichir, Carmen Ejogo, Amy Seimetz, Jussie Smollet, Callie Hernandez, Nathaniel Dean, Alexander England, Benjamin Rigby
Genre: Sci Fi- Thriller

Plot Outline:
Ridley Scott returns to the universe he created in ALIEN with ALIEN: COVENANT, the second chapter in a prequel trilogy that began with PROMETHEUS — and connects directly to Scott’s 1979 seminal work of science fiction. Bound for a remote planet on the far side of the galaxy, the crew of the colony ship Covenant discovers what they think is an uncharted paradise, but is actually a dark, dangerous world — whose sole inhabitant is the “synthetic” David (Michael Fassbender), survivor of the doomed Prometheus expedition.

Alien: Covenant

Peraduan Tayangan Premiere Filem ALIEN: COVENANT

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 159 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

8 Mei 2017

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.15 malam

Tempat:

MBO Starling

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere ALIEN: COVENANT– Budiey.com di MBO Starling. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #ALIENCOVENANT

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  Anda perlu menjadi followers Budiey di media sosial. Sila ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/foxmovies.my & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #ALIENCOVENANT kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah filem ALIEN: COVENANT

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere ALIEN: COVENANT – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 3

dengan tajuk email: Tayangan Premiere ALIEN: COVENANT – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

7 Mei 2017

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Twentieth Century Fox Film dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 10 Mei 2017.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/foxmovies.my dan langgan / subscribe Youtube Channel Fox Malaysia : www.youtube.com/FoxMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Alien: Covenant

Alien: Covenant

Alien: Covenant

Alien: Covenant

Alien: Covenant

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar The ASEAN International Film Festival & Awards 2017 di KL

Usop Juara Mingguan, Balqis & Along Tak Jadi Disingkir