in , ,

Polis Siasat Zul Huzaimy Berhubung Video Berbaur Perkauman & Ugutan

Polis menerima laporan polis berhubung video pelakon Zul Huzaimy yang mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dan ugutan.

Memetik BH Online, Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin, berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut tiga seksyen berdasarkan dakwaan yang dikesan dilakukan Zul Huzaimy.

“Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,”

– Datuk Noorsiah Saaduddin

Terdahulu, tular video pelakon itu  mengeluarkan kenyataan menyatakan hasratnya untuk menyembelih ‘khafir harbi’ di Malaysia dalam satu majlis di Kemaman, Terengganu, pada 4 November lalu.

Bagaimanapun, Zul telah pun membuat permohonan maaf di Instagram pagi tadi serta menjelaskan maksud sebenar kenyataannya itu.

Katanya, kafir harbi yang dimaksudkannya adalah musuh Islam yang nyata, yang benci Islam, suka perkauman serta tidak membenarkan azan berkumandang terlalu kuat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Asheed Def Geb C

Nyanyian ‘Terburu-Buru’ Punca Asheed Defa Gab C Tersingkir di Gegar Vaganza

Jeon Somi

Pakaian Sopan Penyanyi Korea Jeon Somi di Malaysia Terima Pujian Netizen