in , ,

Pakaian Sopan Penyanyi Korea Jeon Somi di Malaysia Terima Pujian Netizen

Sejak kelmarin selepas selebriti terkenal Korea, Song Ji hyo dilihat pulang ke negaranya selepas beberapa hari berada di Malaysia dan terbaharu pula penyanyi jelita Korea yang dikenali sebagai Jeon Somi pula dilihat hadir ke negara Malaysia.

Peminat Jeon Somi di Malaysia menerima baik kehadirannya itu apabila rakamannya turut tular sebaik tiba kelmarin. Jeon Somi merupakan salah seorang penyanyi Korea yang menarik tumpuan ramai dengan suaranya apatah lagi setiap lagu penyanyi ini sangat diminati peminat.

Jeon Somi

Jeon Somi bagaimanapun sebentar tadi tular disebabkan ramai memberikan pujian terhadap pakaian yang tidak terdedah digayakan disaat membuat persembahan. Dalam persembahan tersebut, Jeon Somi tampil dengan berpakaian putih dan hitam, meskipun tampil sedemikian kecantikannya tetap terserlah.

Malah ramai peminat di Malaysia memuji kecantikannya dan persembahan Jeon Somi sehingga hangat diperkatakan ramai.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut memberikan pujian terhadap pakaian sopannya ketika penyanyi Korea ini membuat persembahan di Malaysia sehingga ada juga yang membandingkan dengan penyanyi di Malaysia sendiri.

Muat naik pinapeanut_ tersebut membuatkan Jeon Somi menarik ribuan kali perhatian peminat dari Malaysia apabila hantaran tersebut tular dengan meraih ribuan tanda suka berserta ratusan komen yang mana selain kecantikan, peminat dari Malaysia kagum dengan pakai dipakainya itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zul Huzaimy | 16

Polis Siasat Zul Huzaimy Berhubung Video Berbaur Perkauman & Ugutan

Blog Featured 1 | 17

Forum Antara Cantik & Bakat Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti?