in ,

Firdaus Wong Kongsi Video Sumpah Laknat Abang Mangsa Pendakwah Terkenal

Biarpun dihimpit dengan pelbagai kecaman daripada netizen susulan daripada pendedahannya di siaran Telegram mengenai kontroversi membabitkan seorang pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hung terus berkongsi pelbagai bukti dan info berkaitan isu tersebut.

Juga menerusi siaran Telegram nya, terbaru pendakwah bebas ini memuatnaik sebuah video yang dikatakan pengakuan lafaz sumpah laknat yang dibuat oleh seorang lelaki yang merupakan abang kepada seorang mangsa pendakwah tersebut. Dalam lafaznya, individu itu sebagai saksi bersumpah bahawa adiknya mengalami kemurungan sehingga cuba membunuh diri berikutan tertekan dengan perbuatan pendakwah terkenal itu.

“Bismillahirrahmanirrahim..

“Wallahi, wabillahi, watallah

“Saya..(tidak didedahkan nama) bersumpah dengan nama Allah bahawa adik saya …(tidak dedahkan nama) mengalami kemurungan,tekanan dan cuba membunuh diri setelah …(nama pendakwah yang dimaksudkan) atau juga dikenali sebagai… melakukan perkara terkutuk melalui Whatsapp dan juga video call kepada adik saya.

“Jika saya berdusta, Allah laknatilah saya” lafaz individu tersebut

Firdaus ‘Bertemu’ Secara Virtual Dengan Keluarga Mangsa 

Sebelum itu, Firdaus terlebih dahulu berbual bersama mangsa dan ahli keluarganya. Difahamkan, mereka akan tampil kepada umum kelak bagi menceritakan perihal sebenar.

“Setelah perbualan saya bersama mangsa dan ahli keluarganya menerusi Google Meet selama hampir dua jam kelmarin, ahli keluarga mangsa yang sangat sangat ‘supportive’ ini meminta saya kongsikan video sumpah laknat mereka.

“Ini adalah video sumpah laknat (mubahalah) dari Abang mangsa sebagai saksi bagi membuktikan adiknya menerima mesej serta video call lucah dari **** *** sehingga mengalami kemurungan, tekanan & cuba membunuh diri.

Buat masa ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu. Akan tiba masanya mereka semua akan tampil ke khalayak ramai demi sebuah kebenaran” tulisnya di dalam Telegram

Terdahulu, Murai.my melaporkan Firdaus menerusi siaran Telegram nya mendedahkan rakaman suara dan tangkap layar perbualan lucah yang dikatakan milik seorang pendakwah terkenal.

Dalam pada itu, Firdaus berkata dia dan pasukannya sedia berhadapan tindakan saman sekiranya terdapat pihak tertentu ingin mengambil tindakan undang-undang. Jelasnya, mereka akan tetap bersama dengan mangsa-mangsa untuk mendapatkan keadilan serta memperjuangkan kebenaran.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ebit Lew | 23

Polis Siasat Video & Mesej Lucah di Telegram Grup Firdaus Wong Yang Membabitkan Ebit Lew

Xiaomi | 24

Xiaomi 11 Lite 5G Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia, Harga Dari RM1,199.00