in ,

PKP Dilanjutkan di Seluruh Negara Kecuali Sarawak dari 5 hingga 18 Februari

Sidang media khas Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri hari ini telah mengumumkan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dari 5 hingga 18 Februari untuk seluruh negara.

Walau bagaimanapun, bagi negeri Sarawak, ia kekal sebagai PKPB dan kawasan yang diisytiharkan PKPD.

Menurut Ismail Sabri, SOP bagi PKP kali ini akan diperketatkan lagi sebagai contoh jumlah pengunjung ke pasaraya juga akan dihadkan. Larangan lain seperti rentas negeri dan aktiviti sosial lain masih tidak dibenarkan.

Majlis Keselamatan Negara akan mengeluarkan SOP lanjut mengenai perkara ini tidak lama lagi.

Rentas negeri dan aktiviti sosial masih tidak dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilanjutkan sehingga 18 Februari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kes dan kluster membabitkan aktiviti rentas negeri.

“Saya nak maklumkan setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan data yang telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Rentas negeri sehingga hari ini apabila kita buka rentas negeri suatu ketika dahulu, ianya menyumbang kepada kes positif dan terdapat 31 kluster berkaitan rentas negeri,

“Sebab itu kita memberikan penekanan rentas negeri tidak boleh diberikan (kerana) ianya memberikan peningkatan kes positif,” katanya dalam sidang media, pada Selasa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bunga Hiasan | 17

Mak cik Petir Disahkan Positif Covid-19, Netizen Doakan Semoga Cepat Sembuh

Samsons | 18

SamSonS Lancar Single JIKA NANTI