in

Mak cik Petir Disahkan Positif Covid-19, Netizen Doakan Semoga Cepat Sembuh

Pelakon senior yang popular dengan gelaran ‘Mak cik Petir’, Noryati Taib, 64, disahkan positif Covid-19.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh anak saudaranya yang juga pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin menerusi satu hantaran Instagram.

“Saya perlukan perhatian anda. Mak cik abang, mak cik petir atau mak cik Marry atau mak uda Yati disahkan positif Covid-19. Video ini diambil semasa mak uda abang tengah tunggu ambulan datang ambil.

“Yang baring itu sepupu abang @missezzahani. Dia juga positif Cuma simptom Ezzah tidak seteruk mak Uda. Mungkik faktor usia. Jadi Ezzah Cuma dikuarantin di rumah,” kata pengarah drama Takdir Yang Tertulis itu.

Menerusi hantaran itu, Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat menyeru pengikutnya dalam laman sosial supaya mendoakan kesembuhan pelakon tersebut dan memohon supaya Allah SWT memberikan ketenangan kepadanya.

“Abang tahu dia sedang gelisah sekarang sebab dekat hospital nanti dia akan keseorangan. Tak ada siapa dapat temankan dia.

“Doakan dia pulih dan tabah yer. Doakan sekali agar semua pesakit Covid-19 yang lain sama ada kenal atau tidak diberikan kesembuhan yang sama,” ujarnya yang turut mengingatkan pengikutnya supaya tidak lupa membaca surah Yassin.

Terdahulu, sekitar tahun 2017 lalu, Noryati pernah dimasukkan ke hospital dan diletakkan dalam keadaan koma selepas kritikal kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

Noryati sekali lagi diuji apabila sebelah kakinya terpaksa dipotong kerana menghidap penyakit kencing manis.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Janna Nick | 18

Gaduh Dengan Netizen, Janna Nick Menangis Buat Permohanan Maaf Secara Terbuka

Ismail Sabri Menteri Pertahanan | 19

PKP Dilanjutkan di Seluruh Negara Kecuali Sarawak dari 5 hingga 18 Februari