in ,

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Hingga 28 April Ini

Semoga dengan usaha dan kerjasama semua pihak, kita dapat bersama-sama menjadi tulang belakang kepada terputusnya rantaian Covid-19 di negara tercinta ini.

Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia telah memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditambah 2 minggu lagi. Hal ini bermula dari 15 April 2020 sehingga 28 April 2020. Pengumuman tersebut dibuat susulan daripada nasihat KKM serta WHO melihat daripada status perkembangan Covid-19 di Malaysia.

Terlebih dahulu, PM menzahirkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan, sukarelawan, perkhidmatan penghantaran makanan yang tidak kenal erti penat lelah dalam membantu dan mengekang penularan wabak Covid-19.

Perintah Kawalan Pergerakan

Jelasnya Malaysia ibarat keluarga besar yang saling membantu sesama sendiri tanpa mengira bangsa sambil memetik kata slogan #KitaJagaKita sebanyak dua kali.

Perlu bersedia dengan New Normal rakyat Malaysia. Sama-sama kita berjuang!

– PM

Dalam perutusan tersebut juga, PM ada menyatakan bahawa walaupun PKP sudah tamat nanti, kita semua perlu bersedia dengan ‘perkara baharu yang normal’ demi mengekang Covid-19 dari kembali menular. Pengumuman tiada bazar Ramadan, solat terawih berjemaah juga antara kebiasaan yang baharu yang perlu dilazimi rakyat Malaysia selepas ini.

Katanya, seperti mana yang berlaku di beberapa negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila PKP ditamatkan.

“Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama. Ia mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan, sebelum kita dapat betul-betul pastikan penularan wabak ini diatasi 100 peratus,”

– – Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perintah Kawalan Pergerakan

Pertama Kali Juga Umat Islam Puasa Ramadan Di Rumah

Dengan lanjutan PKP itu juga bermakna buat pertama kalinya, umat Islam di Malaysia terpaksa berpuasa dengan hanya duduk di rumah, tidak dibenarkan solat Tarawih di masjid dan tiada Bazar Ramadan diwujudkan seperti kebiasaanya.

Ini kerana 1 Ramadan dijangka jatuh pada 24 April di mana umat Islam di Malaysia bakal mula melaksanakan Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata, PKP yang dilaksanakan dalam tempoh hampir sebulan yang lalu sedikit sebanyak mengurangkan kebolehjangkitan dan penularan COVID-19.

Muhyiddin berkata, susulan itu, kehidupan setiap masyarakat mungkin tidak boleh kembali seperti sediakala ketika ini. 

“Selagi virus ini masih ada, amalan penjarakan sosial mesti diteruskan. Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan diri.

Elakkan sebarang perhimpunan. Hindari tempat yang sesak. Bulan Ramadan akan menjelang tiba tidak lama lagi.

Kita tidak boleh ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa, tidak boleh ke masjid untuk berterawih.

Jadi berterawih lah di rumah bersama keluarga.

Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa. Walaupun sukar untuk kita bayangkan perkara ini, tetapi inilah kenyataan yang akan kita hadapi,”

– Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perintah Kawalan Pergerakan

Katanya, dengan usaha-usaha yang telah dibuat, kes positif COVID-19 adalah terkawal pada kadar tujuh peratus, iaitu di bawah penanda aras 10 peratus yang ditetapkan WHO.

“Kadar kematian akibat wabak ini juga adalah rendah, iaitu 1.6 peratus berbanding 5.8 peratus kadar kematian di peringkat dunia.

“Setakat ini, seramai 1,830 orang pesakit telah keluar dari hospital. Ini bermakna 43 peratus pesakit COVID-19 telah pulih.

Hari ini sahaja jumlah pesakit yang pulih ialah seramai 220 orang, melebihi jumlah kes positif baharu iaitu sebanyak 118 kes,”

– Tan Sri Muhyiddin Yassin

Beliau menjelaskan jumlah kes positif baharu juga telah menunjukkan penurunan sejak beberapa hari yang lalu. Jika aliran itu berterusan, katanya untuk tempoh dua minggu akan datang, insya-Allah langkah mengawal wabak COVID-19 daripada menular dapat dicapai.

Di akhir teks perutusan beliau, Muhyiddin Yassin ada memberitahu bahawa kita harus terus sama-sama berjuang melawan Covid-19 kerana perang belum lagi tamat.

“Let me remind you that the war on Covid-19 not yet over. The fight is still on. We are doing well so far. So, just uplift your spirit, and continue to fight. if we persevere, Inn shaa Allah we will win.”

– Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kerajaan sebelum ini mengumumkan fasa pertama PKP bermula dari 18 hingga 31 Mac, diikuti dengan fasa kedua dari 1 April hingga 14 April.

Semoga dengan usaha dan kerjasama semua pihak, kita dapat bersama-sama menjadi tulang belakang kepada terputusnya rantaian Covid-19 di negara tercinta ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TGV Cinemas Extends Cinema Closure In Interest Of Malaysians’ Well-being

Apple TV+ Boleh Ditonton Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad