in

Pinkfong Baby Shark Live Musical di Malaysia

DEBUT ANTARABANGSA PERTAMA ‘PINKFONG BABY SHARK LIVE MUSICAL’ DI MALAYSIA
Ribuan peminat berhibur menonton muzikal anjuran Astro dan SmartStudy Co., Ltd

Para peminat karakter rubah magenta, Pinkfong dan karakter ikan yu yang comel Baby Shark, berpeluang menonton debut antarabangsa pertama ‘Pinkfong Baby Shark Live Musical’ di Malaysia pada 7 September 2018 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Malaysia. Persembahan muzikal secara langsung ini menampilkan persembahan muzikal asal seperti yang dipentaskan di Korea termasuklah barisan penuh pelakon serta krew yang terlibat.

Photo 1

Pinkfong Baby Shark Live Musical akan dipentaskan dari 8 hingga 16 September (kecuali 12 September) dengan tiga buah persembahan pada kebanyakkan hari, iaitu pada jam 11 pagi, 2 petang dan 6 petang di Dewan Plenary, KLCC, Kuala Lumpur. Peminat dapat berhibur dengan pelbagai lagu menarik termasuklah lagu hit, “Baby Shark”, sepanjang 65 minit muzikal ini berlansung.

Dianjurkan oleh Astro dan SmartStudy Co., Ltd., penjualan tiket Pinkfong Baby Shark Live Musical menerima sambutan yang luar biasa daripada peminat. Dua watak popular dalam muzikal ini iaitu, Pinkfong dan Baby Shark, telah mencetuskan fenomena sehingga di peringkat global apabila tarian serta nyanyian ‘Pinkfong Baby Shark’ menjadi tular dan meraih lebih 3 bilion tontonan atas talian.

Sebelum ini, Pinkfong dan Baby Shark berpeluang beramah mesra bersama peminat di Malaysia semasa acara ‘Fun Escapade’ pada Disember 2017, ‘Dive into the World of Pinkfong’ pada Mac 2018 dan ‘Dive into the World of Pinkfong’ pada April 2018.

Photo 4

FAKTA RINGKAS

• ‘Pinkfong Baby Shark Live Musical’ membuat debut antarabangsa bermula di Malaysia, selepas pelancarannya di Korea pada tahun 2017.

• Malaysia adalah negara pertama selepas Korea yang menganjurkan ‘Pinkfong Baby Shark Live Musical’ dengan barisan penuh pelakon dan krew asal dari Korea.

• Muzikal ini akan diadakan dari 8 hingga 16 September pada jam 11 pagi, 2 petang dan 6 petang di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) kecuali pada:

o 12 September – Tiada persembahan

o 13 dan 14 September – Persembahan hanya pada jam 11 pagi dan 6 petang

• Pinkfong dan Baby Shark akan mempersembahkan lapan buah lagu termasuk lagu-lagu popular seperti “Baby Shark”, “The Lion” dan “Jungle Boogie”.

• Sejak lawatan terakhir Pinkfong dan Baby Shark ke Malaysia, para peminat teruja menantikan kehadiran semula dua karakter popular ini di pelancaran jualan tiket ‘Pinkfong Baby Shark Live Musical’ dan roadshow di Pavilion Kuala Lumpur.

SINOPSIS MUZIKAL

Di sebuah lautan, terdapat sebuah keluarga ikan yu yang hidup harmoni bersama hidupan laut yang lain sehinggalah pada suatu hari, salah seorang daripada mereka iaitu Baby Shark hilang! Daddy Shark segera menelefon Pinkfong untuk mendapatkan bantuan mencari Shark Bayi yang hilang itu. Untuk membawa Baby Shark kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat, Pinkfong dan rakan-rakannya terpaksa menempuh rintangan yang mencabar. Dalam perjalanan mereka mencari Baby Shark di lautan, Pinkfong dan rakan-rakannya menghadapi pelbagai situasi berbahaya. Tetapi, jangan risau wahai rakan-rakan. Dengan adanya seutus rantai ajaib dan kata-kata magis, Pinkfong mempunyai kuasa yang cukup hebat untuk menyelesaikan apa sahaja masalah yang dihadapinya. Hoi Poi, Pinkfong!

BUTIRAN JUALAN TIKET

Jangan lepaskan peluang menonton debut antarabangsa pertama Pinkfong Baby Shark Live Musical! Dapatkan tiket ke muzikal ini dengan lebih awal menerusi pembelian secara atas talian di www.pinkfong.com/musicalmalaysia2018. Pembelian pada hari yang sama pula boleh dilakukan dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Box Office, Aras G, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Kategori tiket dan harga adalah seperti berikut: RM228 (VVIP), RM138 (VIP) dan RM88 (PS1).
PAUTAN MEDIA SOSIAL

https://www.facebook.com/pinkfong.official

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Irama Malar Segar Dalam Dimensi Legenda Tema SUKMA RINDU

Selami Hati Seorang Ayah Dalam Telemovie DI SISI