in , , ,

SEDIHSEDIH LoveLove

Selami Hati Seorang Ayah Dalam Telemovie DI SISI

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka” (Surah Ar-Rad:11).

Pengertian hijrah dalam kehidupan seseorang nyata berbeza-beza. Ada yang diuji dengan dugaan yang hebat begitu juga sebaliknya. Ujian itu umpama hadiah dari Allah S.W.T kepada hambaNya. Begitu juga penghijrahan seseorang daripada yang jahat bertukar baik. Daripada baik menjadi lebih baik berbanding sebelumnya. 

Hati Seorang Ayah Dalam Telemovie Khas Maal Hijrah, DI SISI Di TV1

Menghayati sambutan Maah Hijrah ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie khas bertajuk “Di Sisi”karya Wan Afzam Wan Daud, Unit Drama TV RTM mengangkat kisah ketabahan seorang anak berdepan dengan ayah yang panas baran dan lumpuh separuh badan.

Di Sisi

Menemui penonton pada 10 September ini, pukul 9.00 malam di TV1,telemovie ini menampilkan lakonan berkesan watak Udin dijayakan oleh Aidil, Jali (Ruzaidi Rahman), Mamud (Aman Graseka), Pak Kalam (Bohari Ibrahim), Mak Mah (Rosnah Johari), pemilik warung (Kamal Bakar), Chem (Raihan) dan Linggi (Fariz).

Kisahnya berlatarkan sebuah kampung nelayan, berlaku selama seminggu. Udin, 15, menjaga ayahnya yang lumpuh separuh badan. Duduk dikerusi roda, membuat pergerakan Jali terbatas. Segala makan minum dan mandi diuruskan oleh Udin.

Biarpun sering dimarahi oleh Jali, Udin tetap tidak melawan. Dia akur dengan setiap apa yang terbit dari mulut ayahnya. Di rumah dilihat Udin seorang budak yang kurang berbicara, manakala diluar pula Udin dilihat sebagai seorang budak yang banyak mulut. Kerajinan Udin amat disenangi oleh penduduk disitu. 

Ketika cuti sekolah, Udin bekerja sambilan disebuah warung, selain dari upah wang saku Udin juga sering dibekalkan makanan oleh tuan warung. 

Di laluan lorong-lorong rumah ke warung, Udin sering bersembang dengan Mak Mah. Mak Mah seorang yang kasar bahasanya, sering juga menasihati Udin berkenaan Jali. Pak Kalam juga antara orang yang sering disinggahi oleh Udin. Pak Kalam; peminat tegar burung tekukur seorang yang kelakar. Pak Kalam juga banyak tahu tentang keadaan dan penduduk kampung.

pengarah telemovie Wan Afzam bersama pelakon utama Aidil di lokasi penggambaran

Sehinggalah satu hari berlaku konflik dimana Udin didatangi oleh sekumpulan budak sebayanya yang tidak puas hati dengan tindakan Udin melaporkan kegiatan mereka kepada penghulu.

Jali tahu Udin dipukul, namun dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Lebih parah lagi budak-budak tadi mengulangi perbuatan mereka terhadap Udin, seperti satu hiburan Udin dibuli. Kali ini Udin melawan. Namun lagi teruk Udin dikerjakan.

Penghulu berjumpa Jali dan menasihati Jali agar Udin disekolahkan di asrama. Manakala diri Jali pula disarankan untuk tinggal dirumah kebajikan. Jali tambah tertekan.

Satu pagi, selepas Udin keluar rumah. Jali menyelongkar barang-barang dalam bilik Udin. Sebuah album lama milik Jali yang pernah dibuang dijumpai kemas dan gambar-gambar didalam album itu terjaga. Jali tersentuh. 

Udin pulang dan terserempak dengan Jali. Hari itu adalah hari yang panjang bagi kedua anak beranak itu. Mereka berbual panjang. Adakah kehidupan Udin kembali gembira seperti dahulu? Jali pula mampukah baginya melupakan kisah silam kehidupannya yang masih dibayangi kekecewaan bila isterinya meninggal dunia?

poster Di sisi

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

babak dalam Di Sisi

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pinkfong Baby Shark Live Musical di Malaysia

Perisik Berpaling Tadah Dalam Filem SALT Lakonan Angelina Jolie