in ,

Piala Cabaran E-sukan Cyberjaya (Cyberjaya Esports Cup Challenge)

Piala Cabaran E-sukan Cyberjaya (Cyberjaya Esports Cup Challenge) telah berlangsung pada 19 Jun 2019 di Pusat Membeli-Belah Dpulze, Cyberjaya dan berjaya menarik penyertaan seramai 150 pelajar dalam lingkungan 7 tahun sehingga 17 tahun.

Acara ini adalah anjuran bersama D’Pulze, Setia Haruman Sdn Bhd dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Menurut Ahmad Soalahuddin, Pemangku Ketua Bahagian Pembangunan Strategik Setia Haruman Sdn Bhd “E-sukan mampu memberi peluang kepada rakyat dan bakat-bakat muda di negara ini untuk menonjolkan kebolehan mereka menerusi permainan video secara kompetitif di peringkat antarabangsa”.

Pemenang Kategori Bawah 15 &Amp; 17 Tahun Dari Sekolah Menengah Tinggi Klang

“Kami telah memberi sokongan penuh kepada industri e-sukan sejak 2017 dan e-sukan adalah antara salah satu inisiatif bagi menjadikan Cyberjaya sebagai satu bandar mampan teknologi,”

– Ahmad Soalahuddin

Sebagai pemaju induk Cyberjaya, Setia Haruman Sdn Bhd memainkan peranan dalam industri sukan elektronik ini memandangkan industri ini adalah penting dalam membina generasi masa depan serta dilihat mempunyai potensi besar di peringkat global.   

Pemain Bawah Umur 12 Tahun Menunjukkan Kemahiran Mereka Menerusi Permainan Video Popular Fifa 2019

Setia Haruman juga memberikan sokongan penuh dalam pembangunan ekosistem e-sukan di Cyberjaya. Ia dilihat sebagai salah satu usaha menjadikan Cyberjaya sebagai satu bandar cemerlang dan mampu menarik golongan penggiat teknologi di sini.

Juara Piala Cabaran E-sukan Cyberjaya Bawah Umur 17 dan Bawah Umur 15 adalah dari Sekolah Menengah Tinggi Klang manakala Bawah Umur 12 adalah dari Sekolah Rendah Kebangsan (2) Simpang Lima, Klang. Kesemua pemenang telah membawa pulang RM300, trofi dan sijil penyertaan.

E-Sukan Dapat Membantu Pelajar Membentuk Semangat Sepasukan Dan Ketahanan Mental
Pemenang Kategori Bawah 12 Tahun Dari Sekolah Rendah Kebangsan (2) Simpang Lima, Klang

Mengenai Setia Haruman Sdn Bhd

Setia Haruman Sdn Bhd merupakan pembina bandar raya dan telah diberikan tanggungjawab untuk memastikan Cyberjaya dirancang dengan teliti dan dilengkapi dengan infrastruktur bertaraf dunia, menjadikan Cyberjaya sebagai kawasan yang sesuai untuk menarik pelaburan Syarikat Multinasional (MNC). 

Setia Haruman juga membangunkan hartanah seperti bangunan pejabat, ruang perniagaan dan apartmen bagi memenuhi permintaan pasaran. Selain daripada menjadi  Pemaju Induk Cyberjaya, Setia Haruman juga merupakan Pemaju Hartanah dan telah membina bangunan komersial, kediaman dan perniagaan untuk kemudahan penduduk di Cyberjaya. 

Setia Haruman bertekad untuk menjadi Pemaju Bandaraya yang membantu untuk membentuk komuniti pada masa hadapan melalui peruntukan dan pembangunan sebuah bandar yang dilengkapi kemudahan teknologi bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk. Untuk maklumat lanjut mengenai Setia Haruman, sila layari laman sesawang www.setiaharuman.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kilafairy Lancar Produk Pelangsingan Badan KILAFIT

Jaslin Puasa Hos Program KEDIAMAN IDAMAN SIRI 3