in , ,

Kilafairy Lancar Produk Pelangsingan Badan KILAFIT

Malah suatu ketika dahulu juga, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan juga berdepan fasa sama seperti mereka yang mengalami naik turun dalam berat badan.

Tapi kini tidak lagi, KILAFIT yang diusahakan sejak September tahun lalu menjadi ‘penyelamat’ kepada dirinya dan juga mereka yang turut berdepan masalah kenaikan berat badan mendadak. KILAFIT bagai cinta hati yang menyembuh kedukaan di hati Kilafairy.

KILAFIT

Rutin harian Kilafairy kini juga sudah berubah kerana sibuk mengendalikan perniagaan apabila produk KILAFIT mendapat sambutan luar jangkaan. Produk kesihatan dan pelangsing badan itu diformulakan oleh doktor bertauliah dengan cetusan idea Kilafairy sendiri.

“Saya sendiri pernah berbadan tembam. Memang ada yang tidak percaya, saya juga pernah berdepan masalah berat badan.

Di awal kemunculan di pentas seni, kalau ada yang masih ingat… saya memang pernah berisi.

Masa itu keyakinan diri ada kalanya menurun. Saya percaya ini situasi normal yang ada dalam diri kita,

Tambah pula bekerja yang menuntut saya muncul di kaca TV, memang penampilan dan bentuk badan itu saya anggap perlu ‘on point’.

– – Kilafairy
KILAFIT

“TV pula contohnya kita tahu akan besarkan lagi saiz sebenar. Bayangkan yang berisi seperti saya… terus bertambah berisi dalam kaca TV.

Nak menjalani penggambaran pun jadi macam tak seronok dan rasa ‘insecure’. Semangat nak buat sesuatu itu terus merudum dan seperti biasa orang di sekeliling kita terus pantas menghakimi.

“Keyakinan diri itu perlu ada setiap pada kita. Tapi jika ada sesuatu yang melemahkan segala-galanya kita kena pantas bertindak melakukan perubahan,”

– Kilafairy

Menurut penyanyi lagu Put The Word In bersama Sean Kingston itu, dia sentiasa percaya untuk terus menjadi seperti mana yang dimahukan.

KILAFIT

“Saya percaya soal fizikal ini bergantung kepada diri sendiri. Saya tak bermaksud mahu memaksa sesiapa perlu menukar menjadi seperti itu dan ini.

“Hidup ini adalah pilihan. Pilihan saya ialah untuk mengamalkan KILAFIT. Anda juga boleh ikut jejak saya.”

“I rather be what i want to be,”

– – Kilafairy

Akur pasti ada skeptikal yang membandingkan dirinya yang sudah berbadan langsing dan menjual produk seperti KILAFIT, Kilafairy terbuka dalam hal itu.

“Kebiasaannya orang di luar sana pantas membuat rumusan sendiri. Saya tahu pasti akan ada yang cakap, kalau sudah kurus kenapa nak menjual produk seperti KILAFIT. Macam-macam lagilah.”

“Macam biasa akan ada juga yang akan cakap saya guna pengaruh yang ada untuk menjual produk ini semata-mata.

Tapi hakikatnya mereka tidak tahu, saya juga bergelut dengan masalah berat badan.

“Saya pun macam orang lain juga yang macam malu nak muat naik gambar masa badan berisi.

“Namun sesekali muat naik gambar berisi, ramai yang tak percaya. Orang di luar sana termasuk netizen akan andai itu dan ini. Saya tak boleh paksa mereka percaya pada saya.

Berat badan saya tak boleh melebihi 50 kilogram. Kalau lebih angka itu, pipi di muka saya akan nampak ketara naik. Saya akui pernah ikuti cara diet yang salah hingga memberi kesan sampingan.

“Sekarang nak bakar lemak di pusat gimnasium pun sudah jadi terbatas kerana faktor masa. Jadi saya letakkan 100 peratus harapan dan tanggungjawab kepada KILAFIT.

Dengan KILAFIT ini juga saya sudah mampu menolong mereka menurunkan berat badan termasuk menjana pendapatan.

Sudah ramai yang mempercayai kredibiliti KILAFIT. Tapi andai ada masa, saya memang akan cuba buat diri berpeluh dengan aktiviti riadah,”

Ditanya kenapa KILAFIT menjadi pilihan utama dan ramai masa kini, Kilafairy lebih mempercayai produk yang mengutamakan kandungan semula jadi.

“Sebab utama saya begitu dedikasi mengeluarkan produk KILAFIT kerana ia memudahkan diri.

Tak perlu nak ambil banyak produk kerana KILAFIT sendiri mempunyai banyak faedah dalam satu. Saya amalkan ia sebagai suplimen.

“Produk ini berkesan dengan cara yang semula jadi. Kalau kita mengamalkan KILAFIT dan pada masa sama aktif dengan aktiviti membuang peluh, keputusan itu akan diraih dengan lebih cepat.

Tapi kalau sebaliknya pun masih akan dapat keputusan yang terbaik. Ia terpulang kepada diri masing-masing.

Ada testimoni kami yang berjaya menurunkan 12 kilogram dalam masa sebulan dengan hanya menjaga makan dan mengamalkan KILAFIT.

“Fungsi produk ini bukan semata-mata untuk menurunkan berat badan tetapi ia bagus untuk kulit dan rambut.

Ekstrak L-Karnitina dan Garcinia mampu membakar sel lemak untuk mendapatkan tenaga, mengurangkan paras gula dalam darah, menurunkan kadar kolesterol selain memendekkan masa pemulihan daripada sakit badan dan bisa selepas senaman.

“Kolagen pula untuk kulit, mengurangkan selulit selepas penurunan berat badan. Ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut dan menguatkan kuku serta memudahkan pergerakan sendi.

Sumber makanan Sunnah seperti kurma mampu membekalkan serat untuk membantu penghadaman dan penghasilan sel darah merah dalam badan. Manakala buah delima juga membekalkan vitamin dan mineral penting seperti Vitamin B,”

Sementara, Kilafairy memaklumkan KILAFIT juga mahu menggalakkan ramai menjana pendapatan sampingan.

“Pada dasarnya, kita akan buka ruang untuk semua orang untuk jadi stokis dan agen. Lebih utama, kita galak semua ini tanpa mengeluarkan sebarang modal.

“Kita akan buat progressive tier untuk setiap komisyen jualan dilakukan. Kalau mereka menjual 10 unit, mereka akan dapat 10 peratus komisyen.

“Tetapi kalau lebih yang dijual sebagai contoh seperti 100 unit sebulan, maka komisyen itu akan ditingkatkan ke 30 peratus dari harga jualan.

“Bererti kalau sekotak boleh jana lebih dari RM25. Kalau jual 100 unit, sudah lebih RM2500 keuntungan dapat dijana. Kalau 1000 unit yang dijual, kita bagi 40 peratus komisyen dan bayangkan boleh untung hingga RM35,200 sebulan,”

Setakat ini agen dan stokis KILAFIT sudah berjaya menjana pendapatan lebih daripada lima angka.

“Dengan pencapaian ini saya sendiri mahu membantu dan menggalak orang ramai yang mahu berjinak jinak dalam dunia perniagaan.

“Pelancaran program Agen Tanpa Modal (ATM) menjadi bukti untuk mereka di luar sana menjadi agen atau stokis tanpa modal.

“Sesiapa saja boleh memulakan perniagaan dan jana pendapatan sampingan. Begitu juga dengan kalian,”

– Kilafairy

MAKLUMAT & MANFAAT PRODUK:

Follow Instagram: @kilafit

Penerangan:

KilaFit mengandungi campuran ramuan moden dan tradisional yang sempurna untuk menghasilkan suplemen pelangsingan badan yang terbaik dan paling seimbang.

KilaFit bukan sahaja membantu membakar sel-sel lemak dalam tubuh badan anda untuk mendapatkan tenaga dan menurunkan berat badan, ia juga turut menegangkan kulit, menggalakkan pertumbuhan rambut and meningkatkan tahap kesihatan dan imunisasi badan anda.

Posisi Jenama:

KilaFit direkacipta khas untuk golongan seperti anda, dengan satu produk berkesan yang membawa pelbagai jenis manfaat bagi memudahkan kehidupan anda.

Bersama-sama kita mengorak langkah dalam perjalanan menjadi versi diri kita yang paling baik.

Bersama Kita Boleh.


Manfaat Utama

1). Penurunan Berat Badan / Melangsingkan Badan & Mendapatkan Tenaga:

Tubuh badan anda tidak gemar membakar lemak untuk mendapatkan tenaga, ia lebih suka mengambil tenaga daripada karbohidrat dan protein. Membakar lemak selalunya menjadi jalan terakhir apabila tiada pilihan lain. Dengan KilaFit, badan anda akan membakar sel-sel lemak terlebih dahulu sebagai cara untuk mendapatkan tenaga. Ia membantu anda menurunkan berat badan sekaligus mengekalkan paras tenaga yang tinggi.

KilaFit mampu mencapai semua ini melalui formula khas pelangsingan badan yang kami hasilkan sendiri dengan penggunaan ekstrak Garcinia & L-Karnitina. Kedua-duanya merupakan bahan semulajadi [L-Karnitina dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh anda] yang digabungkan dalam kuantiti yang tepat bagi menjamin keberkesanan KilaFit.

2). Kulit & Rambut:

Apabila berat badan anda sudah semakin menurun, anda mungkin akan mendapati terdapatnya bahagian kulit yang longgar atau berlebihan disebabkan oleh kehilangan berat badan itu. KilaFit membantu menegangkan kulit di seluruh badan anda untuk mengelakkan sebarang kelonggaran, serta mengurangkan kesan selulit semasa dan selepas proses penurunan berat badan.

KilaFit ialah satu-satunya produk pelangsingan badan dalam pasaran yang dapat membantu di setiap peringkat perjalanan anda dalam menurunkan berat badan.

Kami menggunakan kolagen berkualiti tinggi yang turut memberi kekuatan pada rambut agar rambut anda sentiasa kelihatan bersinar dan bermaya.

3). Senaman:

Dapatkan hasil terpantas dengan menggabungkan KilaFit dan senaman!

Di samping KilaFit membantu tubuh anda membakar lemak untuk mendapatkan tenaga, L-Karnitina berperanan untuk mengurangkan rasa sakit dan bisa-bisa badan selepas anda menjalani sesi senaman. Dengan ini, masa yang diambil untuk badan anda kembali pulih dapat disingkatkan, jadi anda boleh mendapat bentuk badan yang diinginkan dengan lebih cepat. Dengan adanya kolagen untuk mengurangkan sakit-sakit sendi, KilaFit ialah produk cukup sempurna yang mampu menyokong anda mencapai matlamat yang disasarkan!

4). Makanan Sunnah:

Tidak lengkaplah KilaFit sekiranya ia tidak mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan anda. Jadi, kami telah mengenalpasti dan memilih Makanan Sunnah yang paling berkhasiat untukk menyempurnakan ramuan KilaFit. Buah kurma membekalkan serat untuk membantu penghadaman dan menurunkan berat badan berlebihan, serta menggalakkan penghasilan sel-sel darah merah. Buah delima pula kaya dengan Vitamin B, iaitu antara vitamin terpenting yang menyokong semua fungsi badan termasuk mencegah penyakit. Di samping itu ia turut menambahkan tenaga badan, menggalakkan metabolisma dan mengurangkan kesan stres.

Ramuan Utama

Formula istimewa KilaFit dengan ekstrak L-Karnitina & Garcinia;

  • Membantu badan membakar sel lemak untuk mendapatkan tenaga
  • Mengurangkan paras gula dalam darah
  • Boleh menyumbang ke arah menurunkan kadar kolesterol
  • Memendekkan masa pemulihan daripada sakit badan dan bisa-bisa selepas senaman

Kolagen

  • Menegangkan kulit dan mengurangkan selulit selepas penurunan berat badan
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut dan menjadikan rambut tampak bermaya, menguatkan kuku, dan memudahkan pergerakan sendi

Makanan Sunnah

  • Kurma membekalkan serat untuk membantu penghadaman dan menghilangkan berat badan berlebihan
  • Kurma turut membantu penghasilan Sel Darah Merah dalam badan
  • Buah Delima membekalkan vitamin dan mineral penting seperti Vitamin B, yang membantu mencegah penyakit dan turut menyokong kebanyakan fungsi badan
  • Juga dapat mengurangkan stres, memberi tenaga dan menyokong fungi metabolisma.

Aloe Vera

  • Mencantikkan dan melembapkan kulit
  • Memudahkan penghadaman dan mengurangkan radang.

Perbandingan dengan Pesaing

  Soalan-soalan Lazim (FAQs) & Senario Pelanggan:


Adakah KilaFit memiliki lesen daripada KKM?

  • Sudah tentu! Produk KilaFit yang boleh didapati dalam dua perisa kedua-duanya telah mendapat lesen daripada KKM.

Berapa paket terdapat dalam setiap kotak?

  • Terdapat 14 paket dalam setiap kotak. Cukup stok untuk 2 minggu!

Bagaimanakah cara pengambilannya?

  • KilaFit dijual dalam bentuk paket serbuk yang sangat mudah digunakan. Anda hanya perlu mencampurkannya dengan air panas dan nikmati minuman yang sedap rasanya!

Bilakah sepatutnya mengambil minuman KilaFit?

  • Kami sarankan supaya KilaFit diambil pada waktu pagi bersama sarapan. Inilah rutin yang diamalkan oleh Kila selama ini. Tapi boleh saja minum pada bila-bila masa yang paling menyenangkan anda!

Adakah KilaFit memiliki status Halal?

  • Untuk mendapatkan status halal, proses yang perlu dilalui adalah panjang dan melibatkan pemeriksaan produk secara berterusan pada masa-masa yang berbeza di pasaran. Walaupun ia mengambil masa yang agak lama, kami berbangga kerana telah pun memulakan proses mendapatkan status Halal!

Apakah kesan yang akan saya alami dan bilakah kesan itu akan dirasakan?

  • KilaFit bertindak dalam beberapa cara. Kesan paling awal yang akan anda rasakan ialah semakin senang untuk membuang air besar. Yang kedua, selera makan anda mungkin berkurangan berbanding sebelumnya. Dan akhir sekali tentulah berat badan anda akan menurun. Sedikit masa diperlukan untuk ramuan aktif dalam KilaFit bertindak membakar sel-sel lemak anda untuk mendapatkan tenaga.

Pantang Larang?

  • Tiada pantang larang, anda boleh makan semua jenis makanan seperti biasa apabila menggunakan produk KilaFit! Namun anda akan mendapat hasil terbaik jika anda mengurangkan sedikit pengambilan minyak dan karbohidrat.
  • Tiada konflik dengan apa-apa ubat atau penyakit lain

Siapa boleh mengambil minuman KilaFit?

  • Semua Lelaki & Wanita umur 15 tahun ke atas, selain;
  • Ibu mengandung
  • Ibu Menyusu (sebelum bayi berumur 6 bulan – lepas tempoh ini KilaFit boleh diambil)

Bolehkah KilaFit diambil ketika hamil?

  • KilaFit tidak boleh diambil ketika hamil.

Ada apa-apa kesan sampingan?

  • Senang membuang air di tandas, dan anda mungkin berasa lebih dahaga daripada biasa (sila lihat saranan di bawah).

Ada apa-apa saranan setelah mula mengambil KilaFit?

  • Sila minum banyak air semasa mengambil KilaFit. Ini akan membantu setiap proses badan anda mendapatkan hasil positif yang lebih cepat, serta memastikan anda kekal terhidrat dan sihat!

Bagaimana ia bertindak untuk menghilangkan lemak?

  • KilaFit mempunyai formulasi ramuan L-Karnitina dan Garcinia Cambogia yang digabungkan dalam kuantiti yang tepat untuk membolehkan badan anda membakar lemak lebih awal daripada biasa. Hasilnya ialah tubuh badan anda akan membakar lemak daripada sel badan anda sendiri untuk mendapatkan tenaga!

Perlukah saya bersenam untuk mendapatkan manfaat daripada KilaFit?

  • Tidak perlu! Kami telah mencipta rumusan istimewa KilaFit untuk memberi para pengguna fleksibiliti dan pilihan. Ramuan aktif dalam KilaFit akan menjalankan tugasnya sama ada anda bersenam ataupun tidak. Dalam erti kata yang lain, anda tetap boleh menurunkan berat badan tanpa bersenam!
  • Namun, anda akan mendapat manfaat tambahan daripada KilaFit jika anda memilih untuk bersenam! KilaFit akan mempercepatkan proses pemulihan badan selepas senaman dan mengurangkan rasa sakit dan bisa-bisa badan. Gabungan produk KilaFit serta senaman semestinya akan memberi anda hasil yang paling baik dan paling pantas! Jadi pilihan terletak di tangan anda.

Berapa banyak berat badan boleh dihilangkan?

Ini bergantung kepada individu. Perubahan gaya hidup akan turut memainkan peranan (seperti pemilihan makanan, dan senaman). Namun anda boleh jangkakan yang anda akan dapat menurunkan 4-8 kg berat badan bagi setiap 2 kotak KilaFit.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iflix Memulakan Penggambaran MINI-SERIES OMBAK RINDU

Piala Cabaran E-sukan Cyberjaya (Cyberjaya Esports Cup Challenge)