in ,

Jaslin Puasa Hos Program KEDIAMAN IDAMAN SIRI 3

Program “Kediaman Idaman Siri 3” disiarkan radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 22 Jun lalu, setiap Sabtu, pukul 12.00 tengah hari di TV1

Proses ubah suai reka bentuk dan dekorasi rumah pasti kedengaran biasa. Namun menerusi program “Kediaman Idaman Siri 3” disiarkan radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 22 Jun lalu, setiap Sabtu, pukul 12.00 tengah hari di TV1 nyata berbeza kerana memberikan suntikan cara-cara D.I.Y (‘do it yourself’) serta penggunaan barang kitar semula juga dikongsikan bersama-sama dengan penonton.

Dalam 13 episod siarannya hos Jaslin Puasa dan beberapa orang kru terlibat melawat rumah seorang penonton dan mengubah suai bahagian tertentu di rumah mereka. Kaedah reka bentuk, pemilihan warna serta corak yang sesuai bagi perabot, langsir dan ‘wallpaper’ turut dihuraikan. 

Jaslin Puasa, Team Kediaman Idaman Dan Pemilik Rumah

Dalam episod pengenalannya, mereka menggunakan konsep dan idea yang ringkas dan moden. Penggunaan warna yang natural, seperti biru muda dan putih untuk warna dinding. Manakala pemilihan warna kelabu dan krim untuk karpet bagi menampakkan kontra dengan warna dinding. Petua D.I.Y bagi menggunakan barang kitar semula untuk membuat barang dekorasi dengan mengikut kesesuaian barang tersebut turut dipaparkan.

Salah Satu Episod Kediaman Idaman Menampilkan Hos Jaslin Puasa

Episod seterusnya Jaslin pengubahsuaian bilik kanak-kanak perempuan yang baru menyembuh semula dari penyakit kanser mata. Mereka mengecatkan semula bilik kanak-kanak perempuan ini dengan warna yang lembut, cat berkualiti, tidak berbau dan bebas dari bahan kimia. Pemilihan warna langsir telah menggunakan warna yang ceria. Turut diletakkan patung comel di atas rak-rak dan katil kanak-kanak itu. 

Dalam episod tiga, mereka mendekorasi bilik kanak-kanak lelaki yang berusia lima tahun yang gemarkan reka bentuk bilik mempunyai unsur ‘Marvel’. Mereka menukar langsir dan ‘wallpaper’ yang mempunyai corak ‘Marvel/ Superhero’ dan telah menukarkan sebuah katil yang selesa. 

Misi seterusnya mengubah suaikan reka bentuk dan perhiasan ruang makan bagi seorang penonton yang terpilih. Hos menggunakan corak dan reka bentuk menjadikan ruang lebih ceria. Antara dekorasi yang menarik adalah penggunaan meja makan, dan ‘wallpaper’ tema hitam putih untuk menjadikan ruang kelihatan lebih moden. 

Jaslin Puasa Hos Kediaman Idaman Bersama-Sama Kru Dan Pemilik Rumah

Tugasan hos dan kru berikutnya mendekorasikan ruang makan dan ruang dapur bagi sepasang suami isteri yang telah tinggal di rumah tersebut selama 10 tahun. Misi mencabar bagi menyusun atur perabot dan barang dekorasi dalam ruang yang sempit dan terhad. 

Hos diberi peluang untuk mengubahsuaikan ruang dapur dalam episod seterusnya. Pemilik rumah sedang mengandung dan gemar terhadap warna ‘pink’. Hos menggunakan ‘marble tiles’ supaya tidak licin dan sesuai bagi Puan Intan yang sedang mengandung. Hos juga menyediakan bahagian ‘cook & hook’ bagi penggunaan memasak. Hos dan pasukannya berusaha untuk menyusun atur semula peti sejuk dan menghiaskan ruang dapur dengan barang dekorasi yang berwarna ‘pink’. 

Hos mengunjungi rumah seorang penonton terpilih yang mempunyai empat orang cucu yang tinggal bersama-sama dengannya. Hos bercadang untuk mengecatkan semula dinding dari warna pink ke warna putih supaya ruang tamu melihat lebih luas. Hos dan pasukannya memasang langsir yang berwarna putih bagi sepadan dengan warna dinding. 

Dalam episod lapan, melawat rumah ibu tunggal yang tiggal bersama-sama dengan anak lelakinya. Hos diberikan tugasan untuk menghiaskan ruang tamu dan ruang makan. Mereka bersetuju untuk menghiaskan ruang tamu dan ruang makan dengan menggunakan ‘English style’. 

Misi berikutnya menghiaskan semula ruang dapur menggunakan konsep industrial bagi membaharui semula ruang dapur. Hos mengecatkan dinding dengan warna hitam, memilih ‘wall paper’ yang berwarna coklat, lampu dan penggunaan pvc paip supaya dapat membawa unsur-unsur industrial. 

Program ini berkesempatan menghiaskan bilik tidur pemilik rumah dengan konsep urban tropika untuk menghiaskan semula bilik tidur penonton terpilih. Hos memilih wall paper yang bercorak rimba, gambar ‘Marvel’ dan D.I.Y (“do it yourself”) rak bagi meletakkan kosmetik. Pemilihan katil yang baru yang berwarna hitam dan putih supaya bersesuaian dengan konsep pada kali ini. 

Ada juga episod menjalankan misi menghiaskan semula ruang tangga pemilik rumah. Hos menggunakan bingkai yang berwarna emas manakala ruang dalam bingkai berwarna putih. Hos memilih wall paper yang berwarna kuning di mana sepadan dengan warna bingkai. Hos juga mengecat semula warna dinding dengan biru gelap. Seterusnya, hos menyusun semula gambar-gambar keluarga mereka supaya melihat lebih teratur dan tersusun.

Saksikan lebih banyak lagi perkongsian menarik program ini di TV1. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Piala Cabaran E-sukan Cyberjaya (Cyberjaya Esports Cup Challenge)

Tempahan GrabFood Anda Mungkin Dihantar Oleh Spider-Man!