in

Photos Movie Still Twilight Breaking Dawn Part 1

Sekarang baru Budiey faham mengapa ramai sangat yang nak tonton filem terbaru Twilight Breaking Dawn. Gambar-gambar berupa sneak peak movie still dah tersebar di internet. Alah, filem ni lambat lagi la nak main kat pawagam sebenarnya. Sekali tengok gambar-gambar kat bawah ni, lalu ada hati yang tak sabar nak tengok adegan-adegan romantis tahap gapan di layar besar.

Beberapa minggu lalu, gambar still dari movie ala drakula-romantik tersohor ini telah tersebar di serata genap ceruk alam maya. Maka, ramai yang buat andaian macam-macam tentang visual yang akan dipertontonkan nanti.

Untuk Part 1, filem Twilight Breaking Dawn ini katanya akan ditayangkan di USA dalam 18 November nanti. Mungkin di Malaysia samada beberapa selepas itu atau serentak dengan tayangan di Hollywood. Apa yang penting, Budiey lihat pada gambar, rasa cinta romantik antara Edward dan Bella makin lama makin mendalam.

Dikatakan filem kali ini lebih memaparkan babak-babak percintaan berbanding aksi. Nama pun dah part 1, mungkin untuk part 2, filem Twilight akan lebih padat dengan aksi. Siapa tahu, kan? Kalau korang baca novel, pasti akan tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

Lihat pada gambar Jacob yang sedang berlari di bawah rintikan hujan yang mengganas. Cuba korang teka, apa scenes yang sebenar pada waktu ni.

Juga lihat betul-betul pada gelang hitam yang dipakai oleh Edward tu? Apakah?

Dan dalam banyak-banyak gambar tu, Budiey pilih gambar ni antara yang paling romantik. Korang rasa?

Twilight New

Twilight New

KRISTEN STEWART and ROBERT PATTINSON star in THE TWILIGHT SAGA: BREAKING DAWN-PART 1

Twilight New

Twilight New

Twilight New

Twilight New

Twilight New

MICHAEL SHEEN (center) and JAMIE CAMPBELL BOWER (right) star in THE TWILIGHT SAGA: BREAKING DAWN – PART 1

Twilight New

TAYLOR LAUTNER stars in THE TWILIGHT SAGA: BREAKING DAWN-PART 1

Twilight New

Twilight New

Twilight New

MIA MAESTRO and CHRISTIAN CAMARGO star in THE TWILIGHT SAGA: BREAKING DAWN – PART 1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Secure Lindungi Data & Peranti Pelanggan Maxis

Sinopsis & Gambar Menarik dari Drama Nora Elena