in

Maxis Secure Lindungi Data & Peranti Pelanggan Maxis

MAXIS SECURE: PERLINDUNGAN DATA DAN PERANTI UNTUK PELANGGAN MAXIS
Maxis buat pertama kalinya memperkenalkan perkhidmatan keselamatan dalam pasaran yang boleh melindungi kehilangan data pengguna atau kecurian peranti

Maxis Berhad (“Maxis”), peneraju penyedia komunikasi bersepadu Malaysia, hari ini melancarkan Kempen Maxis Secure di mana ia bertujuan untuk membolehkan pelanggannya melindungi data dan peranti mereka. Maxis Anti-Theft, iaitu sebahagian daripada perkhidmatan yang terdapat dalam kempen ini merupakan perkhidmatan keselamatan pertama dalam pasaran Malaysia yang berfungsi melindungi kehilangan data peribadi pelanggan apabila peranti mereka dicuri.

(L to R) Jean-Pascal van Overbeke and T. Kugan launching Maxis Secure services which protect customers' data and devices

(L to R) Jean-Pascal van Overbeke and T. Kugan launching Maxis Secure services which protect customers

Dengan menawarkan perkhidmatan tersebut, Maxis memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati peranti pintar mereka tanpa merasa bimbang; dengan mengetahui bahawa Maxis melindungi dan mengawal maklumat peribadi mereka dengan cara yang paling selamat.

Maxis adalah syarikat komunikasi yang pertama di Malaysia menawarkan perlindungan terhadap ancaman keselamatan utama yang boleh memberi kesan pada pelanggan seperti kehilangan data dan peranti, kehilangan maklumat peribadi serta serangan oleh perisian berbahaya (Malware) dan Trojan (program pemusnah yang wujud di dalam bentuk aplikasi yang selamat). Selain daripada perkhidmatan Maxis Anti-Theft, perkhidmatan lain yang disediakan dalam Kempen Maxis Secure ini ialah Complete Phone Back Up Service, perkhidmatan Anti-Virus, perkhidmatan Internet Security dan perkhidmatan Remote Surveillance.

Jean-Pascal Van Overbeke, Ketua Pegawai Operasi Maxis, berkata semasa pelancaran kempen tersebut, “Hari ini kita telah melihat peningkatan saluran yang berbeza dalam dunia digital di mana ia membuktikan teknologi telah berkembang dengan pesatnya. Masyarakat sekarang sudah menjadikan komputer peribadi dan telefon mudah alih mereka sebagai sesuatu yang penting dalam komunikasi hidup mereka sejajar dengan meningkatnya kepentingan telefon pintar dan kehadirannya dalam masyarakat sekarang, jenayah siber semakin meningkat terutamanya dalam ruangan mobile dan juga mewujudkan virus untuk jenayah atau dengan niat membahayakan pengguna. Dengan adanya perkhidmatan-perkhidmatan seperti yang terdapat dalam Kempen Maxis Secure, kami menyediakan setiap pelanggan dengan perisian yang bertujuan untuk menentang ancaman ini di dalam ruangan mobile dan internet. Sebagai peneraju penyedia komunikasi bersepadu, Maxis terus komited dalam menawarkan kepada pelanggan ketenangan fikiran dan penyelesaian keselamatan melalui perlindungan yang senang dan berpatutan bagi pelanggan.

Maxis

Jean-Pascal Van Overbeke, Ketua Pegawai Operasi Maxis

“Kempen Maxis Secure merupakan langkah yang penting dalam memberi gambaran sebenar dalam konteks pembangunan lanskap Perkhidmatan Kehidupan (Life Services). Industri telekomunikasi kini adalah lebih mengenai pengintegrasian suara, video dan data daripada suara semata-mata. Maxis tidak lagi beroperasi di dalam persekitaran yang menekankan keutamaan suara dan apa yang penting pada masa kini ialah untuk mewujudkan satu siri perkhidmatan baru yang bersesuaian – menggunakan teknologi keupayaan dan kemahiran yang terkini – bagi memastikan kami menunaikan janji terhadap pelanggan Maxis yang semakin canggih. Kami juga ingin menambah bahawa Remote Surveillance akan diintegrasikan ke dalam penawaran perkhidmatan Home Services kepada pelanggan kami. Kami berusaha untuk memperkayakan lagi setiap aspek kehidupan pelanggan dari segi peribadi, di rumah dan juga persekitaran perniagaan”.

Perkhidmatan Maxis Anti-Theft merupakan inovasi terkini yang terdapat dalam kempen Maxis Secure. Keselamatan di ruangan mudah alih telah menjadi salah satu keperluan di kalangan pengguna di mana telefon pintar bukan sahaja digunakan untuk membuat panggilan semata-mata tetapi juga menawarkan lebih banyak fungsi-fungsi yang lain. Matlamat perkhidmatan ini adalah untuk mengawal data di dalam peranti mudah alih daripada disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab di mana pelanggan boleh mengunci, memadam dan menjejaki peranti mudah alih mereka melalui internet dan SMS jika berlaku kehilangan atau berlaku kecurian terhadap peranti mereka.

Perkhidmatan Complete Phone Back Up menyediakan insurans terhadap kehilangan data yang penting sama ada disebabkan oleh kecuaian manusia, kerosakan ataupun kehilangan peranti. Ia memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan memberi peluang kepada mereka untuk membuat salinan data seperti SMS, gambar, video, nombor telefon, kalendar dan sebagainya di mana mereka boleh memperolehnya semula jika memerlukan. Salinan data tersebut kemudiannya boleh dilihat di laman web.

Untuk melindungi pelanggan daripada ancaman Malware dan Trojans, Maxis juga telah menyediakan perkhidmatan Maxis Anti-Virus untuk komputer peribadi dan peranti mudah alih pelanggan. Bagi peranti mudah alih, perkhidmatan ini boleh melindungi mereka daripada menjadi mangsa terhadap serangan virus, worm dan Trojan.

Pengguna komputer peribadi boleh menggunakan Maxis Internet Security di mana ia berfungsi untuk melindungi komputer peribadi pelanggan daripada serangan virus dan menyediakan perlindungan laman web supaya pelanggan diberi amaran sebelum mereka mengunjungi laman web yang mempunyai virus.

Perkhidmatan Maxis Remote Surveillance juga memberi jaminan kepada pelanggan dan bertanggungjawab sebagai langkah keselamatan di mana kadar jenayah masa kin yang semakin meningkat. Perkhidmatan ini yang terdapat dalam aplikasi keselamatan telefon mudah alih menawarkan kepada pelanggan rakaman gambar di dalam video secara langsung daripada kamera atau sistem CCTV (Closed Circuit Television).

Semua perkhidmatan di atas hanya terdapat dalam telefon mudah alih yang mempunyai sambungan 3G dan GPRS, Personal Digital Assistants (PDAs) dan peranti Windows Mobile di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Perkhidmatan ini sesuai digunakan dalam Windows Mobile Operating System dan Symbian. Maxis juga memudahkan pelanggan untuk mendaftar kepada perkhidmatan Maxis Secure ini. Bagi perkhidmatan Anti-Theft, Complete Phone Back Up dan perkhidmatan Anti-Virus, pelanggan hanya perlu mendial *100# untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Bagi perkhidmatan Remote Surveiilance dan perkhidmatan Internet Security, pelanggan boleh melawat laman web www.maxis.com.my bagi membuat pendaftaran; walaubagaimanapun, maklumat mengenai ini boleh juga didapati dengan mendail *100#. Perkhidmatan ini amat berpatutan dengan harga bermula dari RM2 dan ke atas. Sebagai ganjaran, pengguna Maxis akan menikmati perkhidmatan Anti-Theft dan Complete Phone Back Up secara percuma selama sebulan bermula hari ini sehingga akan datang.

Perkhidmatan Keselamatan Maxis Harga bulanan (RM)
1. Anti-Theft – RM3
2. Complete Phone Back Up – RM2
3. Anti-Virus – RM3
4. Internet Security (perlindungan sehingga tiga komputer peribadi di rumah ) – RM8
5. Remote Surveillance – RM20

Kempen Maxis Secure menjamin keselamatan data pelanggan dan juga menawarkan kepada pelanggan cara untuk melindungi peranti mereka serta cara mengunjungi laman web dengan selamat. Ini juga menunjukkan komitmen Maxis untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan yang benar-benar penting kepada mereka.

Maxis

Host – Will Quah

Maxis

Maxis

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nur Kasih The Movie Meruntun Rasa & Jiwa

Photos Movie Still Twilight Breaking Dawn Part 1