in ,

Petua Hilangkan Kerak Hitam Pada Kuali

Kalau tengok bontot kuali kita mesti takut kan? Mana tidaknya kalau penuh dengan kerak hitam yang sukar dicuci. Tapi, mak-mak kita ni suka sangat pakai sebab sayang katanya jika nak buang.

Jadi, kali ini kami ingin kongsikan kepada anda petua hilangkan kerak hitam daripada kuali anda. Tak adalah nanti mak kita jerit macam hilang bekas tupperware kan? Hehehe…

Pastikan korang baca sampai habis tau!

#1 GARAM

  • Bahan ini paling mudah didapati di dapur korang.
  • Caranya, korang cuma panaskan air dalam periuk tadi dan masukkan sedikit garam.
  • Kemudian, sentalkan dengan sudip sambil mengikis periuk tadi.

#2 SODA BIKARBONAT

  • Kaedah ini boleh digunakan bersama lemon atau cuka.
  • Caranya, panaskan air dalam kuali hingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat.
  • Biarkan sejuk sebelum dicuci.

#3 CUKA

  • Rebuskan cuka dalam periuk yang hangus tadi dan rendamkan seketika hingga periuk betul-betul sejuk.
  • Kemudian, sental seperti biasa.

#4 LEMON

  • Lemon juga terkenal sebagai bahan pencuci yang bagus.
  • Caranya mudah, cuma potong lemon dan rebuskan sekali bersama kulitnya.
  • Biarkan sejuk selama 3 hingga 4 jam dan bersihkan periuk seperti biasa.

#5 UBI KENTANG

  • Caranya, letakkan kulit kentang didalam periuk dan isikan air sampai menutupi permukaan kerak tersebut.
  • Kemudian, panaskan air hingga mendidih. Kerak pada periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.

#6 ASAM KEPING

  • Caranya, ambil segenggam asam keping dan masukkan ke dalam kuali atau periuk berkarat yang anda ingin cuci.
  • Biarkan mendidih di atas api buat seketika.
  • Kemudian, tunggu sejuk dan gosok permukaan kuali atau periuk.

Haa, inilah antara petua yang dapat kami kongsikan bersama anda semua. Selamat mencuba!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sunway Lost World Of Tambun Menawarkan Pakej Menarik Serendah RM 11 Pada 11.11

Kes Covid-19 Semakin Menggila di Seluruh Dunia Kini Melebihi 50 Juta Kes Positif