in ,

Sunway Lost World Of Tambun Menawarkan Pakej Menarik Serendah RM 11 Pada 11.11

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Semenanjung Malaysia diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula dari 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020, Sunway Lost World Of Tambun menawarkan tawaran hebat kepada para pelanggan dengan pelbagai pakej menarik pada 11 November 2020 melalui platform e-dagang mereka dengan bermula dengan harga RM 11.

Penstriman secara langsung di Facebook Sunway Lost World Of Tambun akan bermula pada tepat jam 11.00 pagi, para pelanggan boleh membeli beberapa pakej yang ditawarkan di laman web kami pada masa yang terhad.

Ini merupakan pertama kali destinasi pelancongan menawarkan tiket kemasukkan, bilik hotel dan pakej penginapan di Facebook secara langsung sebagai jualan 11.11. Walaupun keadaan semasa tidak menentu pada ketika ini, Sunway Lost World Of Tambun menawarkan tawaran menarik di mana sah sehingga 2021.

Sunway Lost World Of Tambun

Semasa industri pelancongan dilanda teruk oleh wabak COVID-19, usaha kreatif ini untuk meningkatkan pusat pelancongan tempatan sangat disanjung dan menjadi contoh bagi para pemain pelancongan tempatan yang lain.

“Sunway Lost World Of Tambun akan terus melakukan pembersihan secara mendalam selama tempoh ini sehingga tamat tempoh PKPB bagi memastikan para pelanggan dapat menikmati detik-detik mereka yang mengagumkan tanpa sebarang keraguan dan penuh yakin.” – Kata Nurul Nuzairi Mohd Azhari, Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dentuman Kuat, Pertembungan Di Udara Akibatkan Helikopter Terhempas Di Taman Melawati

Petua Hilangkan Kerak Hitam Pada Kuali