in

Kes Covid-19 Semakin Menggila di Seluruh Dunia Kini Melebihi 50 Juta Kes Positif

Sehingga kini, lebih 50 juta kes jangkitan dengan lebih 1.2 juta kes kematian dilaporkan di seluruh dunia sejak pandemik COVID-19 mula dikesan di China pada Disember tahun lalu.

GAMBAR HIASAN

Berdasarkan data dikumpul AFP daripada sumber rasmi, kes jangkitan kini mencecah 50,010,400, manakala kes kematian pula 1,251,980 kes. Menurut Johns Hopkins University, Kes Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi 50 juta

Jumlah kes mencecah 50,052,204, dengan angka kematian seramai 1,253,110 setakat 11.24 pagi waktu tempatan (1624 GMT).

Amerika Syarikat kekal negara paling banyak melaporkan kes dan kematian, masing-masing berjumlah 9,879,323 dan 237,192.

India mencatatkan 8,507,754 kes, di tempat kedua. Diikuti Brazil dengan 5,653,561 kes dan 162,269 kematian, jumlah korban kedua tertinggi di dunia.

Negara yang mencatatkan lebih 1.1 juta kes termasuk Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina, Britain dan Colombia, sementara negara dengan lebih 40,000 kematian termasuk India, Mexico, Britain, Itali dan Perancis.

Kes global meningkat 30 juta pada 17 September dan naik lagi menjadi 40 juta pada 19 Oktober. Hanya dalam tempoh 32 hari kes global meningkat dari 30 juta menjadi 40 juta, dan dalam masa 20 hari dari 40 juta bertambah ke 50 juta.

Angka yang diperoleh daripada pihak berkuasa di negara-negara dan maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu kemungkinan hanya sebahagian daripada jumlah kes sebenar.

Banyak negara hanya menjalankan saringan ke atas pesakit bergejala atau kes serius. – AFP

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Petua Hilangkan Kerak Hitam Pada Kuali

Pengecas MagSafe Duo Secara Serentak Bakal Hadir di Malaysia dengan Harga RM589