in ,

Petrosains Playsmart Kuantan Dibuka Pada 3 Mac 2021

Selepas penutupan sementara, Petrosains PlaySmart di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di Kuantan akan beroperasi semula bermula hari Rabu, 3 Mac 2021.

Waktu operasi Petrosains PlaySmart adalah bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang, setiap hari Isnin hingga Jumaat. Petrosains PlaySmart akan ditutup untuk waktu rehat dari jam 1.00 petang hingga 2.00 petang pada hari Isnin hingga Khamis manakala pada hari Jumaat dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang. Petrosains PlaySmart akan ditutup pada setiap hujung minggu dan cuti umum.

Dengan pembukaan semula, Petrosains PlaySmart amat komited untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pengunjung. Petrosains PlaySmart telah mengambil semua langkah keselamatan sebagai persiapan untuk beroperasi demi memastikan persekitaran yang selamat dan terjamin buat pengunjung. Bagi pembukaan semula, Petrosains PlaySmart telah melakukan pembersihan dan pembasmian kuman yang menyeluruh, dan juga memastikan semua kakitangan telah menjalani ujian COVID-19 sebelum kembali beroperasi. Petrosains PlaySmart juga akan terus mengamalkan langkah berjaga-jaga untuk mencegah risiko penyebaran dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang dikeluarkan oleh Kerajaan dan pihak berkuasa yang berkaitan.

Antara langkah-langkah yang diambil adalah menghadkan waktu operasi serta jumlah pengunjung setiap hari untuk memudahkan pengawalan orang ramai dan memastikan penjarakan fizikal.

Pengunjung juga akan diminta untuk mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera, melengkapkan borang pengisytiharan kesihatan dan menjalani pemeriksaan suhu sebelum memasuki premis. Pengunjung dari semua peringkat umur diwajibkan memakai pelitup muka pada setiap masa dan mengamalkan kebersihan diri dengan membersih tangan menggunakan cecair sanitasi tangan yang disediakan di dalam premis.

Petrosains PlaySmart mengalu-alukan kembali kedatangan pengunjung ke premis dan berharap dapat memberikan pengalaman lawatan yang menyeronokkan dan selamat dengan sentiasa menjalankan langkah-langkah keselamatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Petrosains PlaySmart dan garis panduan lawatan, sila layari laman web atau Facebook Petrosains PlaySmart.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kucaimars Lancarkan Karya Balada Pertamanya Berjudul WANITA

Enam Destinasi Untuk Berehat Daripada Keriuhan Bola Sepak