in

Enam Destinasi Untuk Berehat Daripada Keriuhan Bola Sepak

Anda mahu lari daripada kegilaan bola sepak?

Malaysia memiliki reputasi sebagai sebuah negara yang amat menggilai bola sepak, dan setiap empat tahun, kegilaan ini memuncak-muncak dengan stesen TV menyiarkan perlawanan bola sepak 24 jam dari perlawanan yang lepas sehingga terkini, gerai mamak yang padat dengan kerusi dan meja melimpah ke kaki lima, dan peningkatan mendadak cuti sakit pada pagi selepas perlawanan besar – inilah petanda demam bola sepak sudah melanda!

Tetapi adakah anda termasuk dalam kelompok yang lebih rela menghidap selesema berbanding menonton bola sepak (apatah lagi menonton bola sepak terus-menerus selama 5 minggu)? Tidak perlu mengambil tindakan drastik – Agoda ada beberapa saranan untuk mengelak daripada kegilaan bola sepak ini. Anda dialu-alukan!

1.Pulau Koror, Republik Palau
  1. Pulau Koror, Republik Palau

Kembara ke pulau Pasifik Selatan Palau yang mempunyai banyak kehidupan marin, gunung berapi dan air terjun yang cukup menawan dan menjadi tarikan utama. Palau juga meraih mata bonus kerana tidak memiliki pasukan bola sepak kebangsaan. Periksa Palau Royal Resort bagi pemandangan pantai. 

  • Baler, Filipina

Anda berkemungkinan besar bertemu sahabat lungsur papan  dan bukan peminat bola sepak di Baler, juga dikenali sebagai `tempat lahir lungsur papan di Filipina’. Dengan pantai pasir menawan dan ombak laut memukau, serta jalan gunung berliku yang indah dan lokasi kembara jalan kaki, pulau ini tidak akan mendapat `kad merah’ daripada anda. Resort Costa Pacifica yang cerah dan berangin di Pantai Sabang adalah basecamp yang ideal. 

  • North West Cape, Western Australia

North West Cape yang terletak di Australia Barat menempatkan Taman Negara Cape Range dan  Ningaloo Reef, di sini, anda akan bertemu kehidupan liar eksotik yang tidak mengendahkan `perlawanan yang memiliki dua bahagian’. Sal Salis, kem safari eksklusif yang dikelilingi oleh pantai dan semak, menjadikan basecamp yang ideal untuk meneroka kawasan sekitarnya.

  • Galle, Sri Lanka

Dikenali kerana kriket, bukan bola sepak, anda boleh menikmati kehidupan perlahan dan jalan-jalan santai di Galle, Tapak Warisan Dunia UNESCO. Tiada penalti untuk membeli-belah dalam lawatan ini. Fort Square Boutique Villa, yang terletak di pusat bandar Galle, adalah tempat yang patut dikunjungi.  

  • Pulau Pangkor Laut, Malaysia

Anda tidak akan berisiko melakukan `offside’ di pulau peribadi milik anda. Pangkor Laut Resort terdiri daripada 140 vila dan 8 estet dalam pulau persendirian seluas 300 ekar, menawarkan privasi menyeluruh dengan pemandangan laut yang sangat menawan.

  • Raja Ampat, Indonesia:

Untuk pengalaman di tempat yang benar-benar terpencil, tujulah ke Raja Ampat, ketiadaan internet dan Wi-Fi di sana membuat anda akan mudah terleka, apalagi untuk mengingati soal bola sepak. Di Waiwo Dive Resort, anda boleh berehat dengan sesi mengurut dan kelas yoga. 

Mengenai agoda

agoda (Nasdaq: BKNG) adalah salah satu platform tempahan perjalanan dalam talian paling pesat berkembang di dunia. Ditubuhkan pada 2005, syarikat ini pantas meluas ke Asia dan diambil alih pada 2007 oleh Booking Holdings Inc. – syarikat jualan bilik terbesar di dunia. agoda beribu pejabat di Singapura, dengan 53 pejabat di kota-kota utama di lebih 30 negara dan memiliki lebih 3,700 kakitangan di seluruh dunia. Ia menyediakan rangkaian untuk lebih 1.9 juta hartanah penginapan, termasuk apartmen, vila, rumah dan hotel yang disokong oleh lebih 15 juta ulasan pengembara sebenar. agoda adalah perintis penginapan bukan hotel, menawarkan vila dan rumah di seluruh rantau sejak dari mula. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jung Joon Won Married | 11

Petrosains Playsmart Kuantan Dibuka Pada 3 Mac 2021

Fian Ali | 12

Fian Ali Buka Lembaran 2021 dengan Lagu ALA SHAYANG Berentak Pop Catchy