in ,

PETRONAS Serah Mercedes-Benz A250 Kepada Pelanggan

Pada 23 September yang lalu, adalah hari yang paling bertuah, bukan bagi Budiey tetapi bagi dua orang pelanggan setia PETRONAS. Budiey berterima kasih kepada PETRONAS kerana sudi menjemput Budiey untuk menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Race On Mesra Store & Drive Off The Hottest Ride In Town Campaign yang diadakan di Pullman Lakeside Putrajaya.

Budiey difahamkan, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan pemenang untuk kedua-dua peraduan yang dianjurkan oleh PETRONAS bersama dengan rakan niaganya Maybank American Express. Hadiahnya cukup besar dan lumayan sekali! Kalau nak dikira kesemua hadiah yang ditawarkan, jumlahnya bernilai RM1.53 juta! Yelah, tengoklah hadiahnya… Mercedes-Benz A250 tu dan banyak lagi hadiah yang lumayan.

Budiey nak buat pengakuan di sini, dalam banyak-banyak acara atau event yang dianjurkan oleh Petronas, event kali ini lebih nampak meriah dan ceria. Mungkin kerana aura kegembiraan yang dibawa oleh para pemenang yang hadir. Mmm, pastinya senyuman mereka meleret sampai ke telinga.

Petronas

Terus terang Budiey katakan kat sini, Budiey rasa sangat cemburu dengan pemenang utama peraduan ini, apa taknya, dengan hanya membeli kombo istimewa di Kedai Mesra, beliau boleh membawa pulang sebuah kereta mewah iaitu Mercedes-Benz A250. Mudah sangat nak menang peraduan anjuran PETRONAS ni. Semua orang boleh sertainya dan yang penting, kena ada nasib yang baik je. Untungla kan? Bayangkan, anda diberi hadiah kereta mewah macam ni? Wow! Siapa tak nak, kan?

[pullquote]Bukan itu sahaja, selain menerima habuan besar ini, dua pemenang ini turut berpeluang dibawa bersiar-siar bersama kereta yang dimenangi yang dipandu oleh dua jaguh F1 iaitu dari Petronas Mercedes AMG Formula One, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg mengelilingi Putrajaya. Ini adalah satu kejutan kepada mereka sebab kehadiran pelumba terkenal ini tidak disangka datang secara tiba-tiba semasa majlis penyampaian berlangsung.[/pullquote]

Sementara itu, rakan niaganya Maybank American Express pula menerusi ‘Drive Off The Hottest Ride In Town Campaign’ menghadiahkan pemenang harian kempen mereka dengan 91 unit iPad mini.

Untuk pengetahuan anda, Drive Off The Hottest Ride In Town Campaign American Express diadakan dari 1 April hingga 30 Jun 2013. Pemegang-pemegang kad menerima kelayakan secara automatik untuk kempen ini dengan setiap pembelian di kesemua stesen PETRONAS di seluruh negara dengan menggunakan kad Maybank American Express.

Selain hadiah utama, PETRONAS akan menghadiahkan 10 orang pemenang hadiah kedua masing-masing dengan sebuah TV Smart HD LED Samsung dan 20 orang lagi pemenang tempat ketiga masing-masing pulang dengan hadiah sebuah MacBook Air. Seramai 30 orang pemenang hadiah keempat masing-masing menerima barangan PETRONAS Motorsports bernilai RM500.

Apa-apa pun, Budiey nak ucapkan tahniah kepada dua orang pemenang utama peraduan anjuran bersama PETRONAS dan rakan niaganya Maybank American Express ini. Mereka ialah Nor Aslinah menjadi pemenang untuk Peraduan Race On Mesra Store & Kenny Yong pemenang Drive Off The Hottest Ride In Town Campaign.

PETRONAS PUTRAJAYA

Bagi Nor Aslinah, siapa sangka hanya dengan membeli dua bungkus biskut di Kedai Mesra Petronas memberi tuah buat kepada beliau.

Menurut Nor Aslinah, pada mulanya dia tidak percaya terpilih sebagai pemenang setelah menerima panggilan dari pihak penganjur.

“Saya tidak pernah terfikir untuk menang peraduan ini dan pada Ramadan lepas, saya menerima panggilan dari pihak Petronas yang menyatakan saya memenangi peraduan ini. Namun pada awalnya saya tidak percaya dan setelah diyakinkan melalui beberapa panggilan telefon dari pihak penaja baru saya percaya. Sampai sekarang pun, saya memang saya tak sangka dapat hadiah kereta Mercedes yang baharu. Bak kata orang belum cuba belum tahu. Itulah yang saya dapat rasakan sekarang ini.”

PETRONAS PUTRAJAYA

Sementara itu, pemenang bagi peraduan American Express ‘Drive The Hottest Ride In Town Campaign, Kenny Yong, dia juga tidak menduga akan memenangi kereta mewah itu.

“Pada mulanya saya langsung tidak percaya yang saya telah menang peraduan ini tapi apabila saya menerima surat rasmi yang menyatakan saya adalah pemenang barulah saya percaya. Sekarang saya hanya ingin pulang ke rumah dan tunjukkan kereta baru ini kepada isteri dan anak saya.”

Pengurus Besar Kanan Bahagian Perniagaan Runcit Petronas Dagangan, Encik Akbar Md Thayoob berkata sebagai Jenama Pilihan Nombor Satu pelanggan, syarikat itu sentiasa mencari cara kreatif untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan setia yang telah memberi sokongan dan memilih jenama itu selama ini.

Bagi Budiey, ini satu langkah yang bijak bagi memberikan yang terbaik dan membalas jasa baik pelanggan. Bukan senang untuk cari pelanggan yang setia. Sudah tentu, inilah cara yang paling berkesan. Budiey dapat info, Petronas akan menganjurkan lebih banyak peraduan yang menarik seperti Peraduan ‘Race On Mesra Store’ dan ‘My Dream Getaway’ untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia. Mendengar tentang hal ini, Budiey dah tak sabar-sabar nak sertai dengan penuh harapan dapat menang hadiah besar satu masa nanti.

PETRONAS PUTRAJAYA

Ketua Bahagian Kad dan Kekayaan Serantau, Perkhidmatan Kewangan Komuniti, Maybank B Ravintharan berkata kempen ini bertujuan menghargai pemegang kad Amercian Express yang setia.

“Kami sering bekerjasama dengan PETRONAS dalam pelbagai program sebelum ini. Kini, pemegang kad American Express boleh menggunakan Terminal Pembayaran Luar di kesemua stesen Petronas.”

Pihak media juga tak ketinggalan diberi peluang yang sama iaitu untuk mencuba menaiki kereta ini dengan dipandu oleh dua bintang pasukan PETRONAS Mercedes AMG Formula One, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg. Bukan main seronok mereka. Sebelum itu juga, pihak media dan semua yang hadir dapat bertemu dengan pelumba terkenal ini secara eksklusif, dapat bergambar, dapat sign autograph dan dapat beramah mesra.

Setelah majlis penyampaian hadiah ini berlangsung, baru sekarang Budiey rasa sangat teruja dan berazam untuk mencuba nasib dalam peraduan ini. Mana tahu, ada rezeki untuk Budiey suatu hari nanti. Siapa sangka kan?

Anda semua juga berpeluang untuk menang juga. Nak dapatkan lebih info tentang peraduan dan promosi PETRONAS selanjutnya, kenalah layari : www.mymesra.com.my

Petronas

PETRONAS PUTRAJAYA

PETRONAS PUTRAJAYA

PETRONAS PUTRAJAYA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Resolusi RJ Featuring Kilafairy

Gambar Sekitar Zon Ceria Suria FM Sungai Petani