in ,

Lirik Lagu Resolusi RJ Featuring Kilafairy

Nampaknya heboh di blog dan portal hiburan tentang gambar dan imej seksi penyanyi Kilafairy menyanyi lenggok dan lentok ala Beyonce dalam video muzik terbaru kolaborasi bersama RJ berjudul Resolusi. Lagu ini adalah kolaborasi pertama RJ bersama Kilafairy selepas bergabung dengan Black dan Raja Ema. Jika anda masih ingat, RJ mula dikenali selepas dia menggantikan tempat Malique ketika membuat persembahan bersama Black di pentas Anugerah Juara Lagu 27 menerusi lagu Teman Pengganti.

Apa pendapat korang dengan muzik video dan lagu Resolusi ini?

Resolusi

RJ – RESOLUSI FEAT. KILAFAIRY

Pre Chorus
Ku impikan dunia jauh dari segala rasa duka…
Dunia yang percaya pada cinta…

Verse1
Ku cari cinta dalam mata
Ku cari cinta dalam fakta
Ku cari cinta dalam akhbar
Optismistik dalam segala akta

Semangat ku terbakar tiap titisan mata
Hiba dengan berita yang menyapa
Cuba tanya kenapa ku ingin tahu
Saudaraku tak dapat ku bantu

Ku masih mahu pegang pada janji
Tiap usaha takkan terbiar pasti
Hey manusia kau ku lihat beria
Bersemangat dalam realiti yang tersia

Masih ada untuk mu jangan salah anggap
Kau dah salah sangka jangan salah tangkap
Selak belakang pintu ku bukakan jendela
Biar merpati yang putih bukannya bendera

Chorus
Ku impikan dunia jauh dari segala rasa duka…
Dunia yang percaya pada cinta…
Kau aku kan serupa yang berbeza cuma paras dan rupa…
Namun impian kita kan sama…

Verse2
Ku berpegang pada janji
Ku berpaut pada pasti
Ku impikan realiti
Biar jauh dari segala ilusi

Dunia yang ku impi kini kian sunyi
Di hujung sana rintihan memecah sepi
Dulu bersuara kini makin pasamistik
Kita hanya mampu menggeleng ucap tragik

Bukakan matamu, jangan tangisi
Cuba cari erti dalam hati nurani
Usah ambil peduli pada yang jauh
Usah kisah, bukan tanah tempat kamu jatuh

Cukup sudah ucap kata tanpa rasa,
Cukup sudah lipat tangan tanpa buat apa
Dunia ini bukan hanya untuk kita
Legasi ini buat masa depan merdeka

Chorus
Ku impikan dunia jauh dari segala rasa duka…
Dunia yang percaya pada cinta…
Kau aku kan serupa yang berbeza cuma paras dan rupa…
Namun impian kita kan sama…

Verse3
Dari mulut hingga minda terus jatuh ke hati
Dari aku pada dia hingga satu benua
Ku harus percaya yang aku berdaya
Membantu dirimu untuk merubah dunia

Usah lagi kita menghunuskan senjata
Tiba masa kita hulurkan damai semesta
Ada janji dalam diri
Ku percaya pasti ada resolusi

Hapuskanlah segala dusta
Lupakan saja kata nesta
Yang cemburu itulah masa
Yang ditinggalkan itu hanyalah dunia

Bridge
Biar saja cinta ini menjadi paksi
Imaginasi realiti
Andainya kau mencari ertinya abadi
Ku masih di sini

Chorus
Ku impikan dunia jauh dari segala rasa duka…
Dunia yang percaya pada cinta…
Kau aku kan serupa yang berbeza cuma paras dan rupa…
Namun impian kita kan sama…

Komposer :- Tripdisz / Lady D

Lirik : Lady D / Saph

Guitar : Auw Rock

Bass : Din

Penerbit & Susunan Muzik: Tripdisz

Penerbit Vokal Kila Fairy : Lady D

Rakaman : Ben (The Ark Studio)

Adunan : Illegal (Odyssey Studios)

Mastering : CL Toh ( Mastering One)

Resolusi RJ Kilafairy

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Vikings di History Channel

PETRONAS Serah Mercedes-Benz A250 Kepada Pelanggan