in ,

Pesta HONOR MagicBook Dengan Promosi Satu Hari Sahaja Pada 10 Oktober

HONOR Malaysia akan mengadakan promosi istimewa melalui saluran dalam talian HONOR Store, Shopee’s HONOR Official Store, Lazada’s HONOR Flagship Store, Senheng Online Store dan HONOR Experience Store seluruh negara.

Pesta HONOR MagicBook pastinya membuatkan peminat teruja untuk membeli komputer riba siri HONOR MagicBook terpilih pada harga diskaun dengan hadiah percuma sehingga RM228! 

Terdapat lima pilihan ditawarkan iaitu HONOR MagicBook 15 AMD, HONOR MagicBook 14 AMD, HONOR MagicBook 15, HONOR MagicBook X 15 (versi Intel i3 & i5) serta HONOR MagicBook Pro.

HONOR

Peminat yang membeli komputer riba berpeluang mendapatkan hadiah percuma seperti Beg Galas Komputer Riba HONOR dan tetikus wayarlas Bluetooth. Pesta ini juga berlangsung serentak dengan pelancaran rasmi HONOR MagicBook 15 AMD!

Berikut senarai komputer riba dengan harga yang pastinya membuatkan peminat teruja!

Festival HONOR MagicBook

HONOR

HONOR MagicBook 15 AMD

HONOR MagicBook 15 AMD akan dianggap peminat sebagai jenama komputer riba yang baru. Skrin lebar 15.6 inci memberi jaminan harganya berbaloi untuk urusan kerja dan masa lapang. Pra tempah akan bermula dari 5 Oktober di Shopee HONOR Official Store. Jadi waktu terbaik untuk mendapatkannya adalah pada hari festival dengan harga selepas diskaun RM2,499 berbanding harga asal RM2,699.

HONOR MagicBook 14 AMD

HONOR MagicBook 14 AMD pula didatangkan dengan Prosesor AMD Ryzen 5 5500 U terbaru, menjadikannya komputer riba ringan dengan aspek saiz kelebaran skrin 14.1 inci dan nisbah skrin ke badan 84%. Ia boleh melakukan bukaan lipatan 180 darjah untuk pembentangan kerja yang lebih selesa atau perbincangan kumpulan. Gayakan komputer riba anda dengan cara yang lebih ‘cool’. HONOR MagicBook 14 AMD juga akan dikenali sebagai komputer riba yang sesuai masuk ke dalam saiz beg pelbagai, beg tangan perempuan mahupun beg beli-belah. Kolaborasi multi-skrin memadankan HONOR 50 terbaru dengan komputer riba. Hanya dengan sentuhan mudah, fail dalam telefon pintar anda dapat diakses masuk ke dalam komputer riba. Kerja pelbagai tugas kini lebih stail!

Didatangkan dalam 2 pilihan, versi 8GB + 256GB ditawarkan pada harga RM2,699 serta pemberian Beg Galas Komputer Riba HONOR, manakala versi 8GB + 512GB dijual pada harga RM2,999 dengan pemberian Beg Galas Komputer Riba HONOR dan tetikus wayarlas Bluetooth.

HONOR MagicBook 15

Model ‘garang’ ini sering menjadi buah mulut peminat. HONOR MagicBook 15 mengekalkan reputasinya sebagai komputer riba kompak yang hebat dan prestasinya yang tiada tandingan, terima kasih kepada prosesor 11 Gen Core i5 – sesuai untuk kerja harian bagi yang bekerja dan juga pelajar. Menampilkan ciri keselesaan mata, anda tidak lagi perlu risau dengan masalah keletihan mata. Anda juga tidak perlu bimbang masalah sambungan yang lembap ketika panggilan video dengan adanya WiFi-6.

Peminat pastinya gembira dengan tawaran harga diskaun RM3,499 bagi versi 16GB + 512GB serta pemberian Beg Galas Komputer Riba HONOR dan tetikus wayarlas Bluetooth. Tidak perlu pandang yang lain jika anda mencari ‘si garang’ dengan bajet bawah RM4,000!

HONOR MagicBook X 15

Bagi pelajar, anda akan kagum dengan kebolehan HONOR MagicBook X 15! Laptop pada harga bajet ini tidak kurang hebat reputasinya, dengan ciri pengecasan pantas yang membolehkannya dibawa kemana-mana sahaja dan skrin yang memberi keselesaan mata untuk anda melayarinya ketika mengikuti kelas dalam talian selama berjam-jam.

Didatangkan dalam 2 pilihan, versi Intel i3 8GB + 256GB ditawarkan pada harga RM2,299 dengan pemberian percuma Beg Galas Komputer Riba HONOR, manakala versi Intel i5 8GB + 512GB dijual pada harga RM2,899 serta hadiah Beg Galas Komputer Riba HONOR dan tetikus wayarlas Bluetooth. Bagi yang masih tercari-cari, kami jamin ia satu tawaran yang sukar dilepaskan!

HONOR MagicBook Pro

Tampil dengan stail baru yang lebih elegan, HONOR MagicBook Pro sesuai untuk golongan bisnes dan elit, memberi keselesaan mata, dan skrin lebih besar 16.1 inci. Terpaksa memilih untuk kerja atau keseronokan? Kenapa tidak pilih kedua-duanya sekali? HONOR MagicBook Pro turut menampilkan stail baru yang lebih baik dengan butang kuasa dengan pengimbas cap jari dan Kamera “Pop-Up” bagi keselamatan dan privasi anda.

Hadir dalam versi 16GB + 512GB dengan harga diskaun RM3,299, anda boleh membawa pulang hadiah Beg Galas Komputer Riba HONOR dan tetikus wayarlas Bluetooth!

Semua komputer riba memiliki tanda dagangan HONOR Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland & Pengiktirafan bebas-Flicker TÜV Rheinland, menjadikan risiko mata lesu pada tahap minimum – sesuai untuk kegunaan jangka masa lama dan pelbagai urusan tanpa gangguan.

Untuk maklumat lanjut tentang festival satu hari ini, sila layari HONOR StoreShopee’s HONOR Official Store,Lazada’s HONOR Flagship Store dan Senheng Online Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GK UNDERCOVER Bukan Sekadar Peringatan

Rentas Negeri Dibenarkan Mulai Isnin, 11 Oktober 2021 Untuk Individu Lengkap Vaksinasi – PM