in , ,

Rentas Negeri Dibenarkan Mulai Isnin, 11 Oktober 2021 Untuk Individu Lengkap Vaksinasi – PM

Selepas sekian lama menanti, hasrat rakyat untuk pulang ke kampung akhirnya termakbul selepas kerajaan hari ini membenarkan aktiviti merentas negeri bermula isnin, 11 Oktober 2021.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang khas sebentar tadi.

Jelas beliau keputusan tersebut diambil memandangkan Malaysia sudah mencapai 90%  kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).

Pengumuman Melalui Sidang Media Khas

“Alhamdulilah kadar vaksinasi lengkap orang dewasa menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sudah mencapai 90%. Walaubagaimanapun data terkini akan dikemasiki pada malam ini.

“Oleh itu seperti yang dijanjikan, rentas negeri berdasarkan peratusan maka dengan ini saya mengumumkan dengan tercapainya 90% vaksinasi 2 dos untuk kumpulan dewasa maka rentas negeri dibenarkan oleh pihak kerajaan.

“Kebenaran ini akan bermula pada esok (isnin).Ini lah yang sebenarnya ditunggu-tunggukan,”

– Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Syarat utama adalah vaksin

Namun beliau memaklumkan syarat utama kepada mereka yang ini merentasi negeri esok adalah mesti lengkap vaksin.

Ini bermakna inidvidu yang belum lengkap dua dok vaksin atau tidak mengambil vaksin tidak dibenarkan merentas negeri.

Meskipun tiada SJR rentas negeri yang khusus bagi menyekat pergerakan, PDRM masih boleh membuat pemeriksaan secara rawak di mana-mana sahaja antaranya di kawasan R&R untuk mengesan kesalahan berkenaan.

Kecuali Kawasan PKPD

Selain itu beliau turut memaklumkan kelonggaran ini tidak terpakai pada kawasan-kawasan yang dikenakan PKPD. 

Aktiviti Pelancongan Dibenarkan 

Tambah beliau lagi, dengan tiada lagi larangan rentas negeri, aktiviti pelancongan juga kini dibenarkan.

Kalau Boleh Rentas Negeri, Jangan Lupa SOP

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bakal mengadakan sidang media khas jam 3 petang, hari ini, dinantikan seluruh rakyat Malaysia.

Ramai menjangkakan pengumuman itu membabitkan kebenaran aktiviti rentas negeri jika tahap vaksinansi lengkap seluruh negara mencapai 90 peratus seperti dalam kenyataan sebelum ini.

Tidak terkecuali, beberapa selebriti negara yang turut menjangkakan perkara sama, namun berharap orang ramai akan terus patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Bagi penyanyi Wany Hasrita, dia mahu semua orang gunakan peluang diberikan dengan sebaik mungkin.

“Andai dibolehkan rentas negeri, ayuh sama-sama gunakan peluang ini sebaik yang mungkin. Jangan terlalu gembira sampai lupa SOP. Nasihat saya, ambil langkah penjagaan sendiri sebelum pulang ke kampung dengan buat ‘self test kit’ dulu di rumah. Perlu diakui kita harus hidup bersama virus ini, jadi sentiasa peka jaga diri dan jaga SOP,”

– Wany Hasrita

Sementara itu, penyanyi Naim Daniel melahirkan rasa gembira jika pengumuman itu adalah kebenaran rentas negeri.

“Sejujurnya, saya gembira dan dalam masa sama tetap risau. Saya percaya di sosial media sudah lama orang tunggu dan betanya bila boleh rentas negeri. Kalau betul sidang media khas ini adalah pengumuman rentas negeri, saya harap semua orang jangan kelam kabut.

“Saya tahu apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kena duduk rumah, perkara ini membuatkan ramai berada dalam tekanan selain tidak boleh berjumpa ibu bapa dan keluarga di kampung.

“Apa pun sekarang iini terpulang pada kita. Kena pastikan jangan sia-siakan peluang ini. Kalau ada yang nak masih cuba langgar SOP kena fikir. Kita kena cuba tingkatkan semula ekonmi balik selepas hampir semua sektor dibenarkan beroperasi. Jadi, jangan ambil kesempatan pada peluang ini,”

– Wany Hasrita

Senada dengan Wany dan Naim, penyanyi Khai Bahar juga berharap orang ramai akan terus patuh pada SOP.

“Kalau memang boleh rentas negeri alhamduillah. Sebab semua tunggu saat ini. Cuma, kalau boleh jaga SOP. Malah, untuk keselamatan semua terutama ibu bapa dan keluarga yang kita nak jumpa, buat ‘self test kit’. Sebab kita tidak tahu keadaan kesihatan macam mana. Jadi, apabila sudah dibenarkan nanti kena jaga betul-betul. Jangan sudah boleh rentas negeri semua lupa,”

– Wany Hasrita

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pesta HONOR MagicBook Dengan Promosi Satu Hari Sahaja Pada 10 Oktober

TRAVEL

5 Lokasi Staycation di Negeri Selangor Untuk Cuti Hujung Minggu Anda!