in , ,

GK UNDERCOVER Bukan Sekadar Peringatan

Drama aksi Gerak Khas yang digemari ramai kini kembali dengan wajah baharu dan menampilkan jalan cerita yang lebih terkini serta relevan!

Gerak Khas Undercover mengisahkan cabaran anggota undercover mendekati dalang sindiket jenayah dalam menjalankan tugas risikan dan penyamaran.  

Antara hidup dan mati! Begitulah dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh anggota undercover dalam melaksanakan amanat yang diberikan. Jadi, bagi menyokong drama ini, Syamsul Yusof melancarkan lagu tema yang bertajuk GK Undercover.

Lagu ini dicipta dan liriknya juga ditulis sendiri oleh Syamsul Yusof.

Lirik-lirik yang menunjukkan kewibawaan dan juga harungan yang perlu dilalui oleh ahli-ahli undercover dalam pekerjaan mereka, sangat dekat di hati bila didengar. 

Di dalam lagu ini turut menyelitkan banyak nasihat dan peringatan kepada semua pendengar agar lebih mematuhi peraturan dan jangan melakukan kesalahan. Konsep muzik lagu ini ternyata berbeza dari lagu Gerak Khas sebelum ini. Dengan sentuhan muzik moden dan nyanyian rap dari Syamsul Yusof membuatkan lagu ini lebih memberi kesan kepada pendengar umum. 

Gk Cover

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Gerak Khas Undercover di TV3, setiap hari Jumaat, 10.30 malam bermula 1 Oktober 2021 dan di platform penstriman iQiyi pada hari yang sama ia disiarkan di seluruh Malaysia.

Lagu GK Undercover ini boleh mula didengari di semua pelantar digital bermula 8 Oktober 2021 dan lirik video juga telah dilancarkan pada 1 Oktober 2021 lalu di saluran Youtube Alternate Records & Talents.

Tajuk : GK Undercover

Artis : Syamsul Yusof

Komposer / Lirik : Syamsul Yusof

Penerbit : Alternate Records & Talents

Gerak Gerak Gerak Khas 2X

Berapa Dekad Berlalu Kita Bikin Sejarah,

Gerak Gerak Gerak Khas 2X

Taat Pada Yang Satu, Sanggup Mandi Darah,

Gerak Gerak Gerak Khas 2X

Musuh Datang Bertalu, Aku Undercover,

Gerak Gerak Gerak Khas 2X

Berapa Dekad Berlalu, Terus Bikin Sejarah,

Eh Eh Eh,

Demi Ibu Pertiwi,

Tak Kejarkan Duniawi,

Kejarkan Hakiki,

Terus Gempur Tak 

Hiraukan Mati,

Jika Mati Moga Syahid Disisi Ilahi,

To All My Fallen Brothers,

Everyday We Pray,

For You Remember You,

No Matter Where You At, We Pray For You,

We Owe You,

Come On Holla At Your Boy,

If You Need Some,

Tell Me What To Do,

I Ain’t No Cop,

Can I Undercover Too?

Gerak Gerak Gerak Khas 2X

Berapa Dekad Berlalu Kita Bikin Sejarah,

Gerak Gerak Gerak Khas 2X

Taat Pada Yang Satu, Sanggup Mandi Darah,

Gerak Gerak Gerak Khas 2X

Musuh Datang Bertalu, Aku Undercover,

Gerak Gerak Gerak Khas 2X

Berapa Dekad Berlalu, Terus Bikin Sejarah,

Click Clock Bang Bang,

Undercover Thing,

I Won’t Tell You Everything,

PDRM Tunjuk Taring, Sapu Licin,

Classified Case Man, 

Tabik Polis & Preman,

Sang Saka Biru,

Undercover Demi Negara Aku,

Undercover Demi Negara Kamu,

Undercover Sanggup Korban Jiwa Nyawa Meraka,

Perisai Negara, Sumpah Setia,

Moga Di Bawah Lindungannya,

Gerak Gerak Gerak Khas 2X

Berapa Dekad Berlalu Kita Bikin Sejarah,

Gerak Gerak Gerak Khas 2X

Taat Pada Yang Satu, Sanggup Mandi Darah,

Gerak Gerak Gerak Khas 2X

Musuh Datang Bertalu, Aku Undercover,

Gerak Gerak Gerak Khas 2X

Berapa Dekad Berlalu, Terus Bikin Sejarah,

Tabik Hormat Pada PDRM 3X

Ayuh Kita Bikin Sejarah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eyka Farhana Trending Fesyen | 23

DOC2US Mengembangkan Perkhidmatan Ke Myanmar

Trending Berita Panas | 24

Pesta HONOR MagicBook Dengan Promosi Satu Hari Sahaja Pada 10 Oktober