in ,

Pesawat Lancar Video Muzik Baru Rapuh OST Filem KIL

[dropcap]B[/dropcap]and PESAWAT telah melancarkan single terbaru berjudul ‘Rapuh’ pada 15 Mei yang lalu sempena filem ‘KIL’ arahan Nik Amir Mustapha yang diterbitkan oleh Grand Brilliance dan Flux Visual Lab. Lagu Rapuh yang kini mula diputarkan di radio tempatan dan Singapura merupakan lagu tema bagi filem KIL yang bakal menemui penonton pada 30 Mei 2013 di pawagam seluruh Malaysia.

Seiringan dengan pelancaran single tersebut, PESAWAT telah melancarkan video muzik rasmi yang telah dimuat-naik ke laman youtube Grand Brilliance. Ia telah mendapat komen dan pandangan yang rata-ratanya positif. Video muzik tersebut yang diarahkan oleh Nik Amir Mustapha dan Rewan Ishak turut menampilkan sedutan dari filem KIL.

Rapuhcoversmall

Menurut Jipie, vokalis bagi band PESAWAT, idea menghasilkan lagu untuk filem KIL ini datang ketika beliau dijemput untuk membuat penampilan ‘cameo’ dalam filem tersebut sebagai seorang inspekstor polis yang mengambil keterangan dari Akil lakonan Redza Minhat.

Sinopsis filem KIL yang telah dikongsi oleh pengarah Nik Amir bersama Jipie sewaktu penggambaran dijalankan telah menjadi titik tolak bagi beliau untuk menulis lagu Rapuh. Lagu Rapuh berkisarkan tentang seseorang yang mengalami tekanan emosi dalam mencari erti kehidupan disamping terpaksa mengharungi pelbagai cabaran hidup namun tidak berputus asa sambil sentiasa berharap untuk berjumpa sinar di hujung jalan, dalam erti kata lain, seseorang yang sedang rapuh emosinya, sesuai dengan premis filem KIL sendiri.

Kerjasama PESAWAT dan pengarah Nik Amir bermula sewaktu mereka bekerjasama dalam menghasilkan video muzik PESAWAT bagi lagu ‘Excuse me’ yang telah menjalani penggambaran di Hong Kong pada tahun 2010. PESAWAT juga telah bekerjasama dengan penerbit filem KIL iaitu Rewan Ishak sejak beliau mengarahkan video muzik pertama PESAWAT bagi lagu ‘Mirage’ pada tahun 2008.

Lagu Rapuh boleh di layar di pautan ini : https://soundcloud.com/pesawat

Untuk lebih info :

www.pesawatmusic.com
www.facebook.com/pesawatmusic
www.facebook.com/KILmovie
www.facebook.com/grandbrilliance

Pesawat

Rapuh Mv Poster

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bukti Shahz Jaszle Belum Putus Tunang

Drama Menggenggam Janji Lakonan Fouziah Gous