in

Bukti Shahz Jaszle Belum Putus Tunang

[dropcap]S[/dropcap]etakat ini belum ada apa-apa penjelasan terbuka daripada pelakon Shahz Jaszle ekoran kes dia ditangkap khalwat minggu lalu. Dalam pada itu, ramai yang telah memberikan komen negatif tak kurang positif terhadap sikap ditunjukkan tunangnya, Redzwani Puteri yang masih mampu tenang semasa mendengar berita Shahz Jaszle berhadapan dengan dakwaan berkhalwat.

May 25, 2013 | someone @redzwaniputeri is waiting for her waffle and icecream with cherry on top 🙂 by Shahzjaszle on Keek.com

Malah gadis itu dengan baik hati memberi peluang dan masa untuk tunangnya itu menjelaskan segala-galanya.

Baru-baru ini dalam laman forum Cari menulis, sumber keluarga terdekat pasangan ini memaklumkan yang Shahz Jaszle dan Redzwani Puteri kini sudah tidak bersama lagi.

Namun aktor itu ada menulis kenyataan di laman sosial miliknya mengatakan hubungan mereka berdua semakin utuh selepas isu tersebut. Selain dia memuat naik sebuah video di laman keek-nya menunjukkan dia dan tunangnya itu keluar dan menghabiskan masa bersama – mungkin itu juga sebagai bukti sekaligus menyangkal dakwaan kononnya pertunangan mereka sudah berakhir.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile Pengacara Program 3R

Pesawat Lancar Video Muzik Baru Rapuh OST Filem KIL