in

Drama Menggenggam Janji Lakonan Fouziah Gous

[dropcap]S[/dropcap]krin Di 9 minggu ini membawakan anda sebuah drama menarik arahan Heykal Hanifah iaitu Menggenggam Janji. Menggenggam Janji menampilkan pelakon hebat Zamarul Hisham, Fouziah Gous, Janice Zelynn dan adik Khairisyah Kemal. Menggenggam Janji mengisahkan kehidupan saudara baru yang bergelut dengan perasaan untuk terus kekal istiqamah dengan ajaran Islam.

[pullquote align=”right”]Saksikan drama Menggenggam Janji Lakonan Fouziah Gous & Zamarul Hisham di slot Skrin Di 9, Rabu ini, 29 Mei jam 8.30 malam di TV9[/pullquote]

Rahmah, seorang mualaf yang sanggup meninggalkan agama asalnya demi cintanya terhadap seorang lelaki bernama Jalil (Zamarul Hisham). Tetapi setelah mereka berkahwin, Rahmah mula menemui hidayah untuk terus taat dan mendalami ajaran Islam dengan hati yang ikhlas. Sebagai seorang suami, Jalil dilihat semakin lalai dengan tugasnya untuk membimbing Rahmah dan anak mereka, untuk menjadi muslim sejati. Akibat terlalu sibuk dengan perniagaanya, Jalil hanya membiarkan Rahmah tercari-cari sendiri ilmu agama dan sering tidak mengendahkan penyakit yang dihidapi Rahmah.

Rahmah berkenalan dengan Syuhada, jururawat yang sering merawatnya di hospital ketika dia menjalani rawatan. Kepada Syuhada, Rahmah sering meluahkan perasaannya. Malah di saat akhir Rahmah, dia memberikan amanat pada Syuhada untuk memastikan Jasmin tidak akan terpesong dari ajaran Islam. Setelah Rahmah tiada, Syuhada menjalankan tanggungjawabnya untuk menjaga Jasmin dan membuatkan hati Jalil terpaut pada keikhlasan Syuhada. Jalil mahu melamar Syuhada untuk menjadi pengganti Rahmah dan berjanji dia tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu dan tidak akan lalai dengan tanggungjawabnya.

Tetapi, satu kebenaran telah terbongkar dan membuatkan Syuhada berat untuk menerima lamaran Jalil. Apakah yang menjadi penghalang cinta mereka? Saksikan Menggenggam Janji di slot Skrin Di 9, Rabu ini, 29 Mei jam 8.30 malam di TV9.

Khayrisyah Kemal

Menggenggam Janji

Zamarul &Amp; Fouziah

Janice Zelynn

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pesawat Lancar Video Muzik Baru Rapuh OST Filem KIL

Kes Dadah Saiful Apek Bela Diri 15 Julai