in , ,

Peruntuk RM15 juta, Alphacapital Bina DAIGOR Selepas Kejayaan K-TOWN

Testimoni berjaya K-Town, Alphacapital labur RM15juta untuk Daigo

Masih aktif dalam bidang hiburan, minat pelakon dan penyanyi Erna Elliyana tidak pernah berubah namun dia kini bertukar posisi.

Jika dahulu, naib juara Sinaran Pasport Kegemilangan 2000 ini sibuk di set penggambaran dan memenuhi undangan nyanyian, dia yang kini sibuk memerah keringat dalam bidang keusahawanan selesa menjadi penaja.

Peruntuk RM15 juta, Alphacapital Bina Jenama Daigor Selepas Kejayaan K-Town

Pelantun lagu Bukan Untuk Sesaat itu kini menzahirkan minat dalam bidang hiburan dengan menaja pelbagai program, termasuklah beberapa konsert besar yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Saya memang sayangkan dunia hiburan tetapi saya masih belum tergerak hati untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan. Mungkin kerana kesibukan dalam bisnes.
“Saya mengaku ramai peminat yang menghantarkan mesej dan meminta saya untuk melakukan kemunculan semula dalam bidang seni, tapi buat masa ini, biarlah saya fokus dalam perniagaan terlebih dahulu.
“Minat saya masih kukuh dalam hiburan ini saya salurkan menerusi tajaan pelbagai program dan festival. Terbaharu, menerusi perniagaan yang diusahakan, kami bakal menaja beberapa siri konsert.
“Dalam masa yang terdekat, menerusi jenama kecantikan Kamya Glow dan restoran Daigor Hong Kong Muslim, kami menaja konsert Andmesh Kamaleng.
“Kamya Glow menjadi penaja konsert yang bakal diadakan pada 4 Jun hadapan manakala Daigor yang baru sahaja dibuka menaja acara makan malam sempena Meet & Greet bintang berbakat besar Indonesia itu bersama peminat,”

– Erna Elliyana
Peruntuk RM15 juta, Alphacapital Bina Jenama Daigor Selepas Kejayaan K-Town

Erna ditemui di majlis pembukaan Daigor Hong Kong Muslim yang terletak di Jumpa @ Plaza Sungei Wang, Bukit Bintang pada Isnin.

Bercerita lebih lanjut mengenai ‘buah hati’ itu, Erna memilih itik panggang sebagai antara signature dish istimewa yang wajib dicuba pelanggan.

Gambar Menu Makanan di DAIGOR

“Menu istimewa yang wajib dicuba ialah itik panggang. Susah nak cari itik panggang yang berstatus halal di negara kita tetapi kami menjadikan ia sebagai tarikan untuk berkunjung ke Daigor. Selain itu, hidangan Cheese Baked Rice dan pelbagai jenis daging, makanan laut, charcoal custard lava bun dan juga air kopi antara keistimewaan yang ditawarkan di sini.
“Kami menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama hampir tujuh bulan untuk mendapatkan rasa yang paling dekat dengan apa yang dijual di Hong Kong,” katanya lagi.

– Erna Elliyana
Peruntuk RM15 juta, Alphacapital Bina Jenama Daigor Selepas Kejayaan K-Town

Sekadar info, konsert Andmesh Kamaleng Live in Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 4 Jun 2023 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan ditaja oleh Kamya Glow iaitu produk kesihatan dan kecantikan dibawah payung AlphaNeyaga Sdn. Bhd, yang juga sebuah syarikat subsidari AlphaCapital (M) Berhad.

Daigor pula merupakan rangkaian perniagaan makanan baharu di bawah jenama K-Town Alpha iaitu syarikat subsidiari Alphacapital yang memiliki variasi cabang perniagaan.

Selain Erna yang bertindak sebagai Lembaga Pengarah AlphaCapital, majlis pembukaan terbabit turut dihadiri oleh pengasas Daigor, Andy Goh, Ketua Pegawai Eksekutif Alphacapital, Syed Mahadzir Fadaak dan Hilal Haizan selaku Lembaga Pengarah.

Gambar Menu Makanan di DAIGOR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wawa Zainal Tak Halalkan Hasil Jualan Produk Ciplak Wawa Cosmetics

Dato’ Rusdi Tepis Pandangan Negatif, Terus Hargai Pelakon Syaitan Munafik