in ,

Dato’ Rusdi Tepis Pandangan Negatif, Terus Hargai Pelakon Syaitan Munafik

Buat julung kalinya, penerbit filem Syaitan Munafik, Dato’ Mohd Rusdi Shair, Pengarah Urusan & Penerbit kepada Syarikat United Nine Creative Sdn. Bhd (UNC), menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, di Seri Pasific Ballroom, Seri Pasific Hotel Kuala Lumpur.

Kemeriahan sambutan Rumah Terbuka Raya ini disambut dengan penuh kesyukuran dan sederhana. 

Majlis Rumah Terbuka ini bertujuan meraikan kakitangan dan pelakon yang terlibat dalam menjayakan Filem Syaitan Munafik, bersesuaian dengan majlis itu pastinya ia menjadi platform terbaik untuk menampilkan pelakon-pelakon baru dengan gandingan pelakon yang sedia ada, bagi tujuan memperkenalkan sekaligus mempromosikan Filem itu kepada umum. 

Antara pelakon baru yang bakal ditampilkan adalah Bandi Amuk, Wom UG14, Reedzwan, ERIN CTJ, Affie Rania, Adia dan Siti Khadijah. 

Dalam pada itu Dato’ Rusdi turut berkongsi berita gembira yang mana Filem Syaitan Munafik kini sudah pun siap sepenuhnya dan menanti untuk tayangan.

Teaser Filem Syaitan Munafik akan ditayangkan dan akan ada gimik serta menampilkan persembahan ‘tribute song filem’ dari penyanyi baru Adia. 

Di majlis tersebut akan diadakan Penyerahan memorandum persefahaman kerjasama dari UNC kepada Pengerusi P3K, Dr Noor Haliza Yussoff bagi mencari Dana untuk mereka yang memerlukan khususnya dalam penjagaan kesihatan.

Pelancaran Teaser Filem Syaitan Munafik di lancarkan oleh  Ketua Pegawai Eksekutif  Finas, YB.rs Prof Dr. MD Nasir B. Ibrahim. 

Ditanya mengenai cabaran dan perasaan Dato’ Rusdi sebaik Filem ini siap dan tentunya ada kata kata yang kurang menyenangkan bila mana mengetahui Filem ini sudah terperap lebih 12 tahun untuk ditayangkan.. Dato’ Rusdi mempunyai alasan dan jawapan tersendiri. 

“Sudah tentunya saya berasa bersyukur dan terharu dengan penghasilan Filem ini, kerana selama ini terlalu banyak cabaran dan rintangan untuk menyiapkan pembikinan Filem ini dan mengambil masa yang lama untuk memperbaiki, dan prosesnya sangat teliti. Bukan mudah hendak melaksanakan tugasan reconstruct serta ‘restore’ kerja yang lama untuk mendapatkan kualiti warna dan plot yang lebih baik dan menarik dibantu dengan teknik CGI. 

“Mengenai soalan atau pandangan negatif, saya tidak kisah jika ada yang hendak memperkecilkan usaha saya dengan kata-kata nista dan sebagainya, apa yang saya inginkan adalah kualiti. Saya akan teruskan usaha saya bersama team dan saya yakin Filem ini akan diterima ramai. Filem ini juga bakal ditayangkan Serentak inshaallah pada September 2023 di pawagam Malaysia,Singapore,Brunei,Indonesia dan FilipIina. 

“Jika org nk memperkecilkn usaha saya terpulanglah, itu urusan mereka. 

Saya akan teruskan usaha saya bersama team.”demikian luah Dato’ Rusdi menepis pandangan negatif luar, malah beliau kini sedang rancak menerbitkan sebuah lagi Filem dimasa akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DAIGOR

Peruntuk RM15 juta, Alphacapital Bina DAIGOR Selepas Kejayaan K-TOWN

Kugiran Masdo Lakar Sejarah Melalui Konsert di Dewan Filharmonik Petronas