in

Pertandingan The Right Note Sempena Hari Suara Sedunia 2014

Strepsils hari ini melancarkan pertandingan nyanyian The Right Note di seluruh negara bersempena dengan sambutan Hari Suara Sedunia 2014. Pencarian vokal terbaik ini bakal diketuai legenda tanah air, Dato’ Sheila Majid. Lima finalis terbaik berpeluang untuk melakukan persembahan di pentas akhir dan juara akan memenangi Hadiah Utama bernilai RM10,000.

Strepsils Hits “The Right Note” sempena meraikan Hari Suara Sedunia 2014. Uji kehebatan suara anda menerusi kempen seluruh negara ini

Menyedari kepentingan bagi memiliki suara yang sihat, kempen baharu Strepsils ini membolehkan pemuzik-pemuzik tempatan yang tidak dikenali untuk mencapai impian mereka dengan berkongsi bakat vokal yang terpendam kepada dunia.

Ms Hina Nagarajan (GM of Reckitt Benckiser, Dato' Sheila Majid and Hafiz (Event Host)  supports  the Strepsils The Right Note campaign

Menurut Cik Hina Nagarajan, Pengurus Besar Reckitt Benckiser Malaysia dan Singapura:

“Suara yang sihat membantu individu untuk mengekspresi diri, jadi mereka dapat menyesuaikan intonasi mengikut kesesuaian situasi. Hal ini amat signifikan kepada penyanyi atau penggiat seni yang bergantung sepenuhnya kepada suara sebagai kerjaya. Menerusi pertandingan Strepsils’ The Right Note, kami cuba membuktikan kepentingan penjagaan suara dalam mewujudkan impak berharga dalam kehidupan.”

“Kami juga teruja untuk melancarkan kempen ini tidak hanya di Malaysia malah di Singapura. Kami yakin melalui kempen ini, kita akan dapat mengetengahkan bakat-bakat baharu dengan vokal mantap sejajar dengan sokongan terhadap Hari Suara Sedunia. Dengan penyertaan Dato’ Sheila Majid sebagai duta kempen ini, kami percaya bakat-bakat yang dipilih pasti berkualiti.”

Ratu Jazz negara, Dato’ Sheila Majid menambah:

“Sebagai penyanyi profesional dengan pengalaman 29 tahun, kehilangan suara merupakan satu mimpi ngeri terutama apabila persembahan penting hampir tiba. Menyanyi merupakan satu daripada keindahan dunia dan kurniaan memperoleh suara yang sihat. Saya berbesar hati untuk meraikan suara kita bersama kempen Strepsils’ The Right Note.”

Bagi menyertai pertandingan The Right Note, peserta perlu merakam dan memuat naik penyertaan mereka ke www.strepsils.com.my/therightnote antara 15 April hingga 28 Mei 2014 untuk merebut slot lima finalis terbaik.

Ditentukan berdasarkan kombinasi penjurian Dato’ Sheila Majid dan orang awam, lima finalis terbaik akan dipilih untuk menyertai dan bertanding bagi merebut gelaran juara pada pusingan akhir yang akan diumumkan selepas tempoh penyertaan tamat.

Ms Hina Nagarajan (GM of Reckitt Benckiser) and Dato' Sheila Majid discussing the importance of mainting a healthy voice

Ms Hina Nagarajan (GM of Reckitt Benckiser) and Dato' Sheila Majid announced the call for entry for Strepsils The Right Note contest

Dato' Sheila Majid and Ms Hina Nagarajan (GM of Reckitt Benckiser) at the launch of Strepsils The Right Note campaign

Strepsils brand ambassador, Dato' Sheila Majid  believes that our voices are invaluable and  requires care in support of World Voice Day

Tentang Reckitt Benckiser:
Reckitt Benckiser (RB) merupakan pendahulu dalam barangan kesihatan, kebersihan dan isi rumah.
Dengan tujuan menyediakan solusi inovatif untuk kehidupan lebih sihat dan kediaman menggembirakan, RB berada di dalam senarai 25 syarikat terbaik di Bursa Saham London. Kini ia menjadi No. 1 atau No. 2 di peringkat global dalam majoriti kategorinya yang berkembang pantas, dipacu oleh tahap inovasi yang luar biasa. Portfolio kesihatan, kebersihan dan isi rumahnya diterajui oleh 19 Powerbrands global termasuk Strepsils, Dettol dan Gaviscon, Nurofen dan Durex.
Individu RB dan budayanya adalah jantung kepada kejayaan syarikat. Mereka memiliki keinginan untuk mencapai kejayaan dan menandingi keupayaan sendiri setiap kali mereka fokus, termasuk pengekalan pengurangan jejak karbon sebanyak 20% dalam tempoh 5 tahun dan kini menyasarkan untuk mencapai 1/3 pengurangan dalam impak air, 1/3 pengurangan tambahan dalam karbon dan untuk mencapai 1/3 daripada hasil bersihnya datang daripada lebih banyak produk stabil menjelang 2020. RB telah diiktiraf sebagai pendahulu stabil di dalam Indeks Kepimpinan Prestasi Karbon CDP Global 500 dan menerima Anugerah Kestabilan Penggerak Sektor 2013 pada 10th Sustainability Yearbook. Ia juga rakan global terbesar FMCG bagi dana kebajikan Save The Children.
Syarikat ini beroperasi di lebih 60 buah negara dan berpangkalan di UK, Singapura, Dubai dan Amsterdam dengan jualan di hampir 200 buah negara. Syarikat ini mempunyai hampir 35,900 pekerja di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi www.rb.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Final Trailer Filem X-Men: Days of Future Past

Drama Bersiri Bintang Di Kalbu Lakonan Mimie Haris