in

Final Trailer Filem X-Men: Days of Future Past

Pada hari ini, trailer final untuk filem X-Men: Days of Future Past telah pun disiarkan secara global premiere dalam talian di saluran Youtube X-Men Movies. Ini adalah trailer yang ketiga dan dikatakan trailer terakhir untuk filem terbitan 20th Century FOX yang bakal menggegarkan pawagam di seluruh Malaysia pada 23 Mei 2014.

Filem arahan Bryan Singer itu dilakonkan oleh bintang terkenal Patrick Stewart sebagai Profesor Charles Xavier dan Ian McKellen sebagai Magneto dan mereka bergabung dan bersaing dengan rakan-rakan mutant muda dari prequel X-Men: First Class. Budiey dapat tahu, banyak kelemahan dan kekurangan filem ini telah diperbaiki dan mutu CGI juga dipertingkatkan untuk kepuasan penonton dam peminat setia X-Men. Budiey tak sabar nak tengok lakonan Jennifer Lawrence sebagai Mystique dalam filem ni.

Budiey mendapat perkhabaran bintang pelakon filem X-Men: Days of Future Past bakal diterbangkan ke Singapura untuk menghadiri Premiere filem di sana sekaligus akan bertemu dengan media di seluruh Asia Tenggara. Budiey rasa sangat bertuah kerana turut mendapat jemputan untuk menghadiri acara yang meriah dengan karpet merah ini yang dijadualkan akan berlangsung pada 14 Mei 2014. Terima kasih 20th Century FOX atas jemputan.

Dah tonton video trailer filem X-Men: Days of Future Past ? Apa pendapat korang?

x-men-days-of-future-past-logan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Iphone 5C Dalam Cabaran Hensem Maksimum

Pertandingan The Right Note Sempena Hari Suara Sedunia 2014