in

Drama Bersiri Bintang Di Kalbu Lakonan Mimie Haris

Tidak dinafikan percaturan stesen TV meletakkan muka-muka baru sebagai watak utama dalam drama-drama yang disiarkan saluran mereka membuka peluang kepada pelakon tersebut lebih dikenali di kalangan peminat. Penonton turut sama dapat menilai kemampuan pelakon terlibat sama ada benar-benar berbakat atau sekadar hanya tangkap muat.

Cuba mengambil pendekatan sama dengan meletakkan dua pendatang baru dalam industri seni meskipun salah seorang daripadanya pernah membintangi beberapa drama dan menyertai pertandingan nyanyian, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan sebuah drama bersiri bertajuk Bintang Di Kalbu arahan Saian Salimon.

mimie haris

Gandingan Ezzam Ezzairy dan Mimie Haris Dalam Drama Bersiri “Bintang Di Kalbu” di TV1

Drama 13 episod yang mula menjalani penggambaran pada 17 September lalu di sekitar Taiping, Perak, disiarkan mengisi slot Bidadari mulai 24 April depan, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11.30 pagi di TV1.

Meletakkan pelakon utama gandingan pelakon Mimie Haris dan Ezzam Ezzairy, drama terbitan Warna Motion Pictures itu turut dibintangi Yaya Ma’embong, Fatin Afeefa, Adam Shah, Nadia Mustafa, Kay Maria dan Sharolnizam Noor.

Kisahnya berlatarkan pengenalan watak utama pasangan kekasih Dilla dan Ashraf saling mencintai, namun terpaksa berpisah kerana mendapat tentangan hebat daripada bapa tiri Dilla, Malik.

Tanpa diketahui, Ashraf dan Malik sebenarnya mempunyai hubungan kekeluargaan. Dilla salah faham dan mempercayai semua kata-kata dusta Malik mengenai niat Ashraf mencintainya.

Meskipun Ashraf meminta Dilla mempercayainya, dia tetap meninggalkan jejaka itu dan meninggalkan kampung halamannya. Ashraf yang terluka mulai membenci Dilla.

Selepas 10 tahun, Dilla mendapat berita mengenai kematian Malik. Dilla dan Ashraf juga bertemu kembali, namun semuanya sudah berubah. Ashraf tidak lagi menyayangi Dilla dan bersikap kasar terhadapnya.

Pada mulanya Dilla cuba untuk bersikap seperti biasa dan tidak mempedulikan Ashraf, namun selepas wasiat Malik dibaca, Dilla mula membenci lelaki itu.

Saksikan babak demi babak romatis diselangselikan dengan konflik percintaan dan kekeluargaan ini hanya di TV1.

Ezzam Ezzairy ... watak Ashraf

poster drama bersiri Bintang di Kalbu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan The Right Note Sempena Hari Suara Sedunia 2014

Google AdWords Kini Dalam Bahasa Melayu