in ,

Persembahan PITAHATI di Sarang Art Hub

Buat julung kalinya PITAHATI akan melakukan persembahan di bumi Tanjung Malim!

Acara “PITAHATI Di Sarang Art Hub” ini dianjurkan oleh Ruang Hati Kita dengan kolaborasi bersama Sarang Art Hub milik pengarah filem tanah air, Mamat Khalid. Acara ini juga turut menampilkan band rock yang lain iaitu The Otherside Orchestra, Margasatwa dan Seikan No sebagai pembuka acara. Para hadirin bakal dibawa ke dimensi bunyi-bunyian yang tidak dapat dialami melalui corong-corong radio arus perdana tempatan.

PITAHATI di Sarang Art Hub

PITAHATI amat dikenali menerusi bunyi-bunyian yang mampu mempengaruhi situasi dan keadaan sekeliling selain faktor efek pencahayaan dan gimik visual yang memberi kesan maksimum kepada para hadirin. Apabila melihat akan persembahan-persembahan mereka yang lalu, PITAHATI sememangnya mampu memukau siapa sahaja dengan majis kekuatan seni persembahan yang mempunyai konsep tersendiri.

Persembahan PITAHATI di Sarang Art Hub

PITAHATI
PITAHATI adalah band bergenre Nusantara Rock Psychedilia yang bernaung dibawah syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd yg dimiliki oleh Datuk M. Nasir. Single pertama mereka yang bertajuk “Bintang Biru Kristal Salju” pada tahun 2012 mendapat sambutan yg memberangsangkan di dalam industri indie tanah air sehingga mendapat perhatian dan diputarkan radio arus perdana di Singapura.

Mereka kemudiannya semakin dikenali melalui rilisan album Fonetik Anak Candal pada tahun 2014. Album terbaru mereka, “Selamat Datang Ke Panggung Suara” yang dirilis pada pertengahan tahun 2016 merupakan kompilasi skor muzik latar filem TERBAIK DARI LANGIT, manakala Lebih mengujakan lagi, OST filem ini yang bertajuk “Sahabat” mendapat perhatian arus perdana dan juga anak-anak muda.

Persembahan PITAHATI di Sarang Art Hub

Sarang Art Hub bertempat di Jalan Rumah Rehat, Tanjung Malim. Pada asalnya bangunan ini ialah sebuah rumah rehat lama di dalam kawasan pekan Tanjung Malim. Tuan Pengarah, Mamat Khalid, yang dikenali ramai melalui filem arahan beliau seperti Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Rock Bro sememangnya telah mewujudkan sebuah lokasi yang unik berkonsepkan seni, cafe dan masyarakat. Tempat ini telahpun mendapat tumpuan para penggiat dan pencinta seni di sekitar Tanjung Malim dan Tanah Air selain anak-anak muda yang gemar lepak.

Mamat Khalid ialah seorang yang sangat mudah didekati. Tanjung Malim sememangnya semakin meriah dengan aktiviti-aktiviti melibatkan seni sejak beliau membuka Sarang Art Hub. Sikap keterbukaan beliau dan pakej lokasi yang lengkap dengan ruang persembahan di Sarang Art Hub boleh memberi impak yang baik untuk apa sahaja acara yang dijalankan khususnya yang melibatkan acara kesenian.

Persembahan PITAHATI di Sarang Art Hub

Tiket ke persembahan PITAHATI Di Sarang Art Hub dijual pada harga RM25 di pintu masuk pada hari acara dan RM20 secara ‘early bird’ kepada 100 tempahan yang terawal. Untuk mendapatkan tiket, boleh hubungi 0104034413(SYAMIL SYAWAL) dan untuk sebarang pertanyaan mengenai acara ini, boleh hubungi 0149470290 (RAHMAN SAHARDDIN).

Persembahan PITAHATI di Sarang Art Hub

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bront Palarae Kini Popular Jadi Kegilaan Gadis Di Indonesia

Khai Bahar Artis Jemputan Pentas Halaqah di TV9