in ,

Bront Palarae Kini Popular Jadi Kegilaan Gadis Di Indonesia

Jika sebut sahaja nama Bront Palarae, sudah pasti terngiang-ngiang bagaimana ‘meriahnya’ suara dia ketika mengulas perlawanan bola sepak dalam filem epik Ola Bola.

Aura lakonannya itu sehinggakan namanya dipetik netizen untuk dijadikan sebagai pengulas semasa perlawanan akhir bola sepak pada Sukan SEA KL2017 yang lalu antara Malaysia dan Thailand.

Kini, namanya bukan sahaja disebut-sebut di Malaysia, malah menjadi sebutan di Indonesia. Mana tidaknya, dia kini sedang giat mempromosikan karya lakonannya dalam filem terbitan negara seberang itu.

Membawakan watak sebagai Bapak dalam filem Pengabdi Setan, dia berjaya menghidupkan watak lakonannya dan mendapat pujian daripada ramai penonton di Indonesia terhadap mutu lakonan yang ditonjolkan.

Namun, bukan hanya kerana lakonannya yang mantap menjadi bualan penonton, tetapi mereka merasakan pemegang title Pelakon Lelaki Terbaik Filem Malaysia 2010 ini mempunyai rupa paras kacak dan mampu ‘mencairkan’ hati si gadis.

Bukan itu sahaja, ramai gadis di sana juga dikatakan sanggup untuk ke panggung sekali lagi untuk menonton Bront dalam cerita seram tersebut. Ramai juga yang tweet dengan memasukkan hashtag #PengabdiBapak.

Menurut stesen CNN Indonesia, ini bukanlah kali pertama Bront membintangi filem Indonesia, tetapi nampaknya percubaan kali ini menyebabkan namanya berjaya memikat penonton di sana lebih-lebih lagi para gadis.

Tahun lalu sahaja, Bront membintangi dua filem dari seberang iaitu filem Headshot dan My Stupid Boss. Untuk tahun ini Bront tampil menerusi naskhah Pengabdi Setan dan filem Ayat-Ayat Cinta 2 yang bakal ditayangkan Disember ini.

Filem yang diarahkan oleh pengarah terkenal Indonesia, Joko Anwar ini telah pun ditayangkan di seluruh Indonesia sejak 28 September lalu.

Manakala untuk pasaran Malaysia pula, filem ini akan bertemu peminat pada 23 November depan.

pelakon-pengabdi-setan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sacoor Brothers Opens a New Flagship Store in Europe

Persembahan PITAHATI di Sarang Art Hub