in

Berikut Senarai 40 Syarikat Produksi Terima Dana Kandungan Kreatif (DKD)

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menyerahkan surat tawaran PELAKSANA Dana Kandungan Kreatif (DKD) kepada 40 buah syarikat produksi terpilih bagi membantu penggiat seni untuk terus berkarya selepas terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Penyerahan DKD bagi Sesi 1 2020 yang diserahkan secara maya oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Dato’ Saifuddin Abdullah membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM13,927,000.00. 

“Dana Kandungan Digital (DKD) merupakan satu inisiatif di bawah Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) yang telah dilancarkan oleh FINAS pada 28 Julai 2020 bertujuan untuk membantu memperkasakan industri kreatif yang terjejas akibat impak wabak pandemik COVID-19 serta memperbanyakkan pemilikan Hak Cipta Kandungan dalam kalangan penerbit tempatan bagi penjanaan keuntungan di masa hadapan. 

“Inisiatif ini juga menyasarkan untuk menjana semula ekonomi industri kreatif tanah air melalui kerjasama dengan pihak swasta melibatkan stesen televisyen dan penyiaran tempatan.” 

– Dato’ Saifuddin Abdullah

Antara syarikat produksi yang menerima DKD termasuklah Skop Productions Sdn Bhd, Global Film Station Sdn Bhd, NS Star Sdn Bhd, Layar Consult Sdn Bhd dan banyak lagi. 

Selain itu, FINAS juga telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan stesen televisyen dan penyiaran tempatan. 

Berikut adalah senarai penerima DKD Sesi 2020:

finas

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Persembahan Emosi BTS ‘Life Goes On’ di The Late Late Show With James Corden

Tekak Masih Bengkak, Nabila Razali Sedia Nyanyi Kalau OK di Separuh Akhir Muzik Muzik 35