in ,

The Amazing Spider-Man 2 Kutip 1.2Bilion Untuk Empat Hari Tayangan

Pada 1 Mei lalu, ramai yang berpusu-pusu ke pawagam untuk menonton filem The Amazing Spider-Man 2 lakonan Andrew Garfield dan Emma Stone. Ia seperti gathering seluruh dunia apabila dikatakan semua pawagam penuh dengan penonton pada hari pertama tayangan. Tidak syak lagi apabila dikatakan filem ini menduduki tempat pertama carta pecah panggung dengan pungutan RM299 juta untuk empat hari pertama tayangan di Amerika Syarikat dan Kanada! Sangat banyak tu! Jika dicampur dengan pungutan di peringkat antarabangsa, jumlahnya mencecah RM1.2 bilion.

Ternyata, filem adiwira ini terus menambat hati penonton dengan meninggal jauh pesaing lain seperti filem komedi, The Other Woman yang berada di tempat ke dua dengan catatan RM46juta disusuli dengan Heaven Is For Real (RM27juta).

Sila baca ulasan The Amazing Spider-Man 2 dengan klik kat SINI.

Selain Andrew Garfield dan Emma Stone, filem arahan Marc Webb ini juga turut dilakonkan oleh Jamie Foxx sebagai Electro aka Max Dillon, Paul Giamatti (Rhino), Dane DeHaan (Harry Osborn), Sarah Gadon dan Felicity Jones.

906429 - The Amazing Spider-Man 2

906429 - The Amazing Spider-Man 2

THE AMAZING SPIDER-MAN 2

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Persembahan Cakra Khan di Konsert Kilauan Emas Musim 4

Pak Cik Jamal Mini Parlimen Meninggal Dunia