in , ,

Perkongsian KJ Tentang ‘Side Effect’ Vaksin Dari China Selepas Disuntik Buat Netizen Terhibur

Sekiranya sebelum ini vaksin Pfizer antara yang disuntik terlebih awal buat para frontliners di Malaysia, YB Khairy Jamaluddin pada 18 Mac lalu telah muncul sebagai antara individu awal di Malaysia yang mendapatkan dos vaksin yang berbeza iaitu Sinovac.

Program vaksinasi yang dilaksanakan di Hospital Rembau ini secara tidak langsung mengesahkan penggunaan vaksin Sinovac secara rasmi di Malaysia bersama vaksin Pfizer bagi memutuskan rangkaian wabak COVID-19.

Di sebalik tohmahan orang ramai mengenai vaksin Sinovac yang merupakan keluaran negara China, YB Khairy Jamaluddin baru-baru ini turut tampil dengan video terbaru bagi berkongsi ‘kesan’ vaksin Sinovac sejurus selepas disuntik.

Perkongsian KJ Tentang ‘Side Effect’ Vaksin Dari China Selepas Disuntik Buat Netizen Terhibur

Siapa sangka, dalam nasihat diselit jenaka. Menerusi video yang dimuat naik, YB Khairy Jamaluddin dilihat petah berbahasa Mandarin dalam menyeru orang ramai untuk mendapatkan vaksin serta mengesahkan vaksin Sinovac selamat untuk disuntik.

Para netizen nampaknya teruja dengan terhibur dengan cara saranan YB Khairy Jamaluddin dalam menyeru orang ramai mendapatkan vaksin. Berikut antara reaksi netizen mengenai video yang dimuat naik.

Perkongsian KJ Tentang ‘Side Effect’ Vaksin Dari China Selepas Disuntik Buat Netizen Terhibur

Untuk pengetahuan, vaksin Sinovac telah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 2 Mac 2021 selepas melalui penilaian ketat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Setakat ini vaksin Sinovac telah terbukti selamat dan berkesan untuk mencegah penyakit COVID-19 dan telah digunakan di 27 buah negara seperti China, UAE, Indonesia, Turki dan Brazil melibatkan lebih 60 juta dos. Sekiranya diberi pilihan antara vaksin Pfizer dan Sinovac, vaksin manakah yang menjadi pilihan anda?

Perkongsian KJ Tentang ‘Side Effect’ Vaksin Dari China Selepas Disuntik Buat Netizen Terhibur

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

‘Malaysia Buat Jenayah Yang Tidak Boleh Dimaafkan’ – Korea Utara Putus Hubungan Dengan Malaysia

This Is It, Luahan Nabila Razali di IG Story Mahu Berhenti Menyanyi?