in ,

This Is It, Luahan Nabila Razali di IG Story Mahu Berhenti Menyanyi?

Masih hangat diperkatakan mengenai nyanyian terkucil di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), perkongsian Nabila Razali di Insta Story sebentar tadi mengundang tanda tanya netizen.

Menerusi entri itu, Nabila telah memuat naik kenyataan seakan telah membuat satu keputusan. Dalam satu lagi perkongsian, Nabila berkata keputusannya untuk berada di atas pentas adalah keputusannya dan dia tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat.

“Ia adalah keputusan saya untuk berada di pentas itu dan saya menikmati setiap saat yang berlalu tanpa menyesal.

“Tolong jangan salahkan pengurusan saya kerana mereka bekerja keras untuk capai impian saya,” tulisnya.

Nabila Razali Nak Berhenti Menyanyi?

Nabila turut berterima kasih kepada semua yang menyokong serta memikirkan ini adalah keputusan yang tepat yang perlu dibuat.

Nabila Razali Nak Berhenti Menyanyi?

Perkongsian Nabila itu sekaligus membuatkan banyak pihak tertanya-tanya. Meskipun tidak jelas mengenai statusnya itu, namun ramai beranggapan penyanyi itu seolah sudah berjauh hati dan bakal meninggalkan dunia nyanyian.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Perkongsian KJ Tentang ‘Side Effect’ Vaksin Dari China Selepas Disuntik Buat Netizen Terhibur

Artis Termuda Def Jam Malaysia, Kowachee Lancarkan Single Debut Baru Berjudul PAP TAPOM