in ,

Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana Ditamatkan Serta Merta

Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) ditamatkan serta merta.

Khidmat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah ditamatkan serta-merta berdasarkan sekeping surat daripada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam surat bertarikh 26 Mei 2021 itu, Menteri Kewangan bersetuju agar perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta-merta.

TAJUDDIN

Tajuddin dilantik Pengerusi Kumpulan berkuatkuasa 11 Mei 2020 bagi menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020. Berasal dari Kampung Gajah, Perak, Tajuddin adalah graduan Universiti Malaya dengan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) pada 1972 dan memulakan karier dalam perkhidmatan awam pada tahun sama. 

SURAT LETAK JAWATAN

Selain itu, beliau juga berpengalaman luas dalam sektor perniagaan dan korporat sebelum menceburi bidang politik. Beliau juga sebelum ini menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bermula 2013 hingga 2018.

Keputusan dibuat oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) itu dipercayai berikutan terdapat desakan supaya Tajuddin meletakkan jawatan susulan kegagalan dan tiada rasa sensitif semasa mengendalikan sidang akhbar kejadian pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT), baru-baru ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MeerFly Cabar Diri Bereksperimen Dalam Single DUIT, Sebuah Lagu Tema Dalam Drama SCAMMER

‘Army’ Serang McDonald’s Seawal 10 Pagi Hari Ini Gara-Gara BTS Meal