in , ,

‘Army’ Serang McDonald’s Seawal 10 Pagi Hari Ini Gara-Gara BTS Meal

Akhirnya saat yang dinantikan oleh peminat K-Pop telah tiba apabila menu ‘The BTS Meal’ mulai dijual di kesemua cawangan McDonald’s. Baru sahaja menu tersebut dijual pada jam 10 pagi tadi, rata-rata peminat sudah membanjiri McDonald’s terdekat untuk membelinya.

Bukan itu sahaja, laman sesawang McDonald’s kini juga dikhabarkan sedang mengalami masalah teknikal disebabkan terlalu ramai yang menggunakan websitetersebut untuk membeli secara penghantaran.

Rata-rata peminat yang berjaya mendapatkan ‘The BTS Meal’ ini sudah berkongsikan kegembiraan mereka di media sosial. Para peminat cukup teruja kerana dapat membeli menu tersebut dan akan menyimpan kotak makanan tersebut sebagai ‘merchandise’.

Bagi anda yang tidak tahu, ‘The BTS Meal’ ini hadir dengan 10 keping McNugget, kentang goreng bersaiz sederhana, air minuman serta disertakan dengan dua pilihan sos istimewa, sweet chili dan chajun yang diilhamkan daripada McDonald’s Korea Selatan.

MC DONALD

Hasil tinjauan kami di McDonald’s Jalan Reko Kajang, masih belum ramai beratur untuk mendapatkan ‘The BTS Meal’ ini dan mungkin anda yang tidak mahu bersesak bolehlah ke sini.

Para peminat BTS di luar sana yang belum berkesempatan untuk mendapatkan ‘The BTS Meal’ ini bolehlah dapatkan segera sebelum ia habis terjual. Tunggu apa lagi?

*Sumber: The Vocket

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana Ditamatkan Serta Merta

“Saya Diminta Untuk Bersama Dia,” Intan Dedah Kenapa Masih Belum Sedia Maafkan Izreen