in ,

Perjumpaan Ahmad Idham & Dewan Pemuda PAS Malaysia

Ahmad Idham Dan Dewan Pemuda PAS Malaysia Bertemu Dalam Suasana Mesra

Satu pertemuan di antara Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Nasrudin Hassan dan Saudara Ahmad Idham Ahmad Nadzri, penerbit dan pengarah filem Hantu Bonceng, telah diadakan bagi membincangkan beberapa isu yang diperkatakan oleh massa sebelum ini.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah menyuarakan hasrat dan memberi penjelasan dari kedua belah pihak. Hasil dari pertemuan itu, pihak Dewan Pemuda PAS dengan Excellent Pictures telah mencapai kata sepakat dan berpuas hati dengan semua penjelasan malah sebulat suara menyelesaikan masalah berbangkit dalam suasana yang cukup mesra.

Ahmad Idham

Buat penerbit dan pengarah filem Hantu Bonceng, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, merasakan pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ianya juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekaligus ianya mampu memperbaiki penghasilan filem akan datang juga memberi nilai baik, kepada industri perfileman tempatan, amnya.

Mencapai kata sepakat dalam beberapa isu yang diperkatakan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan telah menegaskan, mereka (Dewan Pemuda) sentiasa bersedia menyokong genre filem dan industri ini, yang boleh membawa mesej yang baik kepada masyarakat umum.

Dalam pertemuan itu juga, saudara Ahmad Idham berkesempatan memberi penerangan kepada DPPM berkaitan senario industri perfileman tempatan, sekaligus mencuit minat Dewan Pemuda PAS dalam bidang perfileman. Dewan Pemuda PAS Malaysia terlebih dahulu telah menyatakan komitmen dan memberikan sokongan terhadap kemajuan industri filem yang boleh menjana nilai-nilai murni dalam masyarakat.

Dengan pertemuan ini, Ustaz Nasrudin Hassan, yang mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia dan saudara Ahmad Idham Ahmad Nadzri, penerbit dan pengarah Hantu Bonceng, telah berjaya menyelesaikan masalah yang heboh diperkatakan dengan baik setelah kedua – dua belah pihak saling memberi dan mendengar penjelasan, selain turut memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak dalam mengenali antara satu sama lain.

Dalam kesempatan ini juga, kedua- dua belah pihak memohon agar isu berkaitan ini tidak lagi diperbesarkan dan dipertikai oleh mana-mana pihak kerana isu terbabit telah diselesaikan dalam pertemuan ini.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Majlis Pelancaran Album ALL Your LOVE

Review Hotel Borobudur Sentuhan Mewah Borobudur di Jakarta