in ,

Peringkat Separuh Akhir Bintang RTM 2016 Tanpa Alif dan Jorinn

Agak mengejutkan bila nama dua peserta diumumkan tersingkar pada pentas Suku Akhir 6 Bintang RTM 2016 yang berlangsung pada 12 Mac lalu. Keputusan muktamat juri terdiri daripada komposer Ajai, Edrie Hashim dan juri undangan Azian Mazwan Sapuwan nyata tidak berpihak kepada dua peserta iaitu Alif dan Jorinn.

Alif, peserta berasal dari Kuala Lumpur dan Jorinn yang juga pemilik nama lengkap Chee Ka-Yee dari Selangor nyata kurang menyerlah dengan persembahan lagu masing-masing menerusi tema lagu pitch tinggi yang nyata menguji kemampuan vokal mereka.

Peringkat Separuh Akhir Bintang RTM 2016 Tanpa Alif dan Jorinn Yang Tersingkir 12 Mac Lalu

Mereka yang masih bertanding adalah Idris Zulkifli (Idris), Mohd Farhan Mohd Mustafa (Farhan), Muhammad Hafiz Ismail (Hafiz), Muhammad Adib Ibrahim (Adib), Norfazrina Mohd Gani (Eryn), Nur Shafreeza Zaial Abidin (Eeza), Syakirah Edora Janali (Edora), dan Rosario Ninih Chamini Bianis (Rosario).

Pastinya bahang semakin dirasai lapan peserta ini yang sekaligus melayakkan diri mara ke peringat Separuh Akhir yang berlangsung hujung minggu ini, 19 Mac 2016, pukul 9.00 malam di TV2 yang dipancarkan secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Kelainan cuba dibawakan menerusi peringkat separuh akhir yang cukup mencabar bertemakan Kau Mampu, dimana peserta wanita membawakan lagu penyanyi lelaki manakala peserta lelaki menyanyikan lagu artis wanita.

Jumlah peserta yang seimbang antara lelaki dan wanita bakal menentukan sesiapa sahaja yang berusaha keras layak dinobatkan juara Bintang RTM 2016 pada 2 April depan.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program Bintang RTM 2016 yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 19 Mac ini (Sabtu), pukul 9.00 malam dan masuk adalah percuma.

juri tetap Edry Hashim dan Ajai

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem BOBOIBOY THE MOVIE Kutip RM8 juta 11 Hari di Pawagam

Komposer Datuk Adnan Abu Hassan Kritikal