in , ,

Percintaan Amir Masdi dalam Asmara The Series

Juara program Akademi Fantasia (AF) 2016, Amir Masdi menampilkan kelainan pada video muzik (MV) rasmi single terbarunya, Asmara iaitu dengan melancarkan cerita Asmara The Series yang ditayangkan di saluran YouTube Nova Music Videos.

Siri yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Sandakan, Sabah itu diterbitkan sebanyak empat episod dan satu episod khas menerusi MV rasmi yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Menurut Amir, 24, atau nama sebenarnya, Amir Syazwan Masdi berkata, penamat kepada jalan cerita itu akan dipaparkan dalam MV Asmara.

“Siri ini ada empat episod dan penamat jalan cerita pada MV rasmi. Kiranya, kalau peminat dan penonton ingin tahu keseluruhan jalan cerita kena menonton daripada episod pertama.

“Kalau menunggu MV saja, memang tidak akan faham. Sebabnya, dalam MV nanti adalah pengakhiran cerita ini.

“Bagi saya, ini sesuatu yang baru dalam penerbitan MV. Kebiasaannya orang buat filem pendek satu episod saja, tapi saya dan pasukan inginkan kelainan.

Jadi, lahirlah idea untuk menghasilkan Asmara The Series ini,”

– Amir Masdi
Percintaan Amir Masdi dalam Asmara The Series

Menariknya, ini pembabitan pertama Amir dalam bidang lakonan semata-mata untuk menjayakan MV Asmara.

Menurut Amir, dia berterima kasih kepada pengarah, Khairul Hazwan (KH) yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang enam hari di lokasi.

Percintaan Amir Masdi dalam Asmara The Series

“Konsep, jalan cerita dan skrip semuanya daripada Abang KH. Dia banyak beri tunjuk ajar pada saya.

Diakui, berlakon bukan mudah dan saya memang kekok. Ini pertama kali saya berlakon dengan karekter berbeza.

“Dalam masa sama, ini juga pertama kali saya berjumpa Dhia iaitu pelakon wanita dalam siri ini.

Jadi, nak mendapatkan keserasian memang sukar. Atas nasihat dan tunjuk ajar, saya mampu juga buat dan habiskan penggambaran mengikut waktu.

“Pastinya, ini satu lagi pengalaman baru untuk saya. Saya berharap, siri ini akan mendapat sambutan dan orang suka dengan jalan cerita dipaparkan,”

– Amir Masdi

Amir berkata, jalan cerita siri ini berkisarkan kisah cinta remaja masa kini.

“Ia tidak ada kaitan dengan saya pun. Secara peribadi, saya tidak pernah melalui kisah yang dipaparkan dalam siri ini. Ia memang dibuat khas untuk MV Asmara,”

– Amir Masdi
Percintaan Amir Masdi dalam Asmara The Series

Episod pertama Asmara The Series sudah ditayangkan di saluran YouTube Nova Music Videos sejak 16 Januari lalu.

Manakala, episod seterusnya pula akan ditayangkan pada setiap Jumaat.  Setiap episod berdurasi empat minit.

Terdahulu, single Asmara terbitan Nova Music dan Seventeen Eleven Music itu dilancarkan pada 26 Disember lalu.

Apa yang menarik, single itu dipilih menjadi lagu tema drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis lakonan Nafiz Muaz dan Uqasha Senrose yang ditayangkan di slot Drama Vaganza saluran Astro Ria.

Asmara adalah hasil ciptaan komposer Ikhwan Fatanna, Ayden Ali dan John Jeevasingham, manakala lirik pula ditulis bersama penerbit drama berkenaan iaitu Arisz Ab Rahman.

Percintaan Amir Masdi dalam Asmara The Series Percintaan Amir Masdi dalam Asmara The Series

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JOOX Siar The 29th HIGH1 SEOUL MUSIC AWARDS Secara Eksklusif

Rekaan Jam Tangan Pintar Oppo Tertiris Dan Amat Mirip Apple Watch