in , ,

Rekaan Jam Tangan Pintar Oppo Tertiris Dan Amat Mirip Apple Watch

Kali pertama ura-ura Oppo akan melancarkan jam tangan pintar mereka ialah pada tahun 2015.

Imej pengolokan jam tangan dengan skrin berbentuk bulat telah tertiris. Tetapi selepas itu berita mengenai pelancarannya tidak lagi didengari sehinggalah tahun lalu. Namun begitu mereka nampaknya bersedia untuk melancarkan jam tangan pintar pertama tahun ini dan imej pengolokannya baru sahaja tertiris menerusi akaun Ice Universe.

Rekaan Jam Tangan Pintar Oppo Tertiris Dan Amat Mirip Apple Watch

Jam tangan pintar ini mempunyai muka jam berbentuk empat segi dengan dua butang kawalan fizikal pada sisi kanan. Tali jam bersambung terus pada tubuh tanpa sebarang gegelung seperti jam tangan analog biasa.

Sekilas pandang rekaan jam tangan pintar Oppo ini amat mirip sebuah Apple Watch cuma tidak mempunyai tombol kawalan sisi yang berputar.

Dengan jam tangan pintar mula memberikan keuntungan kepada Apple sejak dua suku kebelakangan ini, mungkin kita akan melihat lebih banyak jam tangan pintar dilancarkan tahun ini.

Tahun lalu Xiaomi Watch telah dilancarkan dan ia turut mempunyai rekaan seakan Apple Watch.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Percintaan Amir Masdi dalam Asmara The Series

Usahasama Maxis & Microsoft Solusi Terbaharu Perniagaan di Malaysia