in , ,

Dynas Mokhtar & Azhan Rani dalam Drama Bersiri SAMUDERA RINDU

Kemurungan yang berlaku selepas bersalin, keguguran atau kelahiran mati sering didengari. Pelakon popular tanah air, Dynas Mokhtar pernah melalui pengalaman derita pada 6 tahun yang lepas apabila kandungannya gugur. Namun, kejadian itu tidak mematahkan semangat Dynas Mokhtar untuk bergelar seorang ibu dan terus berkarya dalam industri lakonan yang dicintainya.

Drama Bersiri Samudera Rindu

Lakonan Terbaik Dynas Mokhtar & Azhan Rani dalam Drama Bersiri SAMUDERA RINDU

Saksikan lakonan hebat Dynas Mokhtar yang menjiwai watak seorang ibu yang menjadi murung selepas anak lelaki sulungnya meninggal dunia saat dilahirkan menerusi drama bersiri terbaharu ‘Samudera Rindu’ di slot Azalea TV9 mulai 25 September 2016.

Samudera Rindu merupakan drama bersiri terbitan Suhan Movies, arahan oleh Amor Rizan yang membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Eyra Hazali, Dynas Mokhtar, Hafeez Mikail, Azhan Rani, Watie Sadali dan Alif Hadi.

Siri drama sebanyak 20 episod ini mengisahkan hubungan seorang gadis muda, Atirah (Eyra Hazali) dengan ibunya, Nadia (Dynas Mokhtar) yang menghidap penyakit kemurungan selepas kehilangan anak sulungnya. Atirah ialah seorang gadis yang cantik dan pandai serta patuh pada orang tuanya. Walaupun dia tahu keadaan ibunya, dia tetap menghormati Nadia sebagai ibunya. Kehidupan Atirah tidaklah mewah seperti rakan karibnya, Eliza. Zainal (Azhan Rani), ayahnya pula kerap tukar pekerjaan kerana keadaan isteri tercintanya, Nadia.

Ada Bahagia Setelah Derita. Samudera Rindu – Naskhah Hebat Daripada Dynas Mokhtar & Azhan Rani

Atirah menjadi rakan baik dengan ibunya. Perangai Nadia berubah menjadi kebudak-budakan seperti Atirah. Walaupun Zainal sedih melihat keadaan Nadia, tetapi dia tetap bahagia kerana merekalah ahli keluarga yang menjadi dorongannya. Zainal tidak pernah melupakan cinta kepada isterinya mahupun mempunyai niat untuk menghantar Nadia ke hospital.

Lama kelamaan, Atirah telah berjaya menyambung pelajaran ke menara gading. Dia mula berasa penat untuk melayan karenah ibunya. Dia juga berasa malu untuk mengaku dengan kehadiran ibunya yang tidak waras itu. Apatah lagi Atirah mula berkawan dengan Eizaril, seorang pemuda yang baik hati.

Akhirnya, Nadia dihantarkan ke hospital untuk rawatan. Walaupun berat hati Zainal untuk berbuat demikian, tetapi ia adalah cara yang terbaik buat Nadia. Pada masa yang sama, Zainal juga mula rapat dengan rakan sekerjanya, Siti (Watie Sadali) yang sentiasa memberi kegembiraan yang kian lama tidak diisi.

Adakah Nadia berjaya dirawat dengan sepenuhnya? Apakah bahagia akan tiba setelah Zainal, Nadia dan Atirah hidup menderita sekian lama?

Ikuti kisah Nadia, Atirah dan Zainal dalam Samudera Rindu pada setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di slot Azalea, TV9 bermula 25 September 2016.

Drama Bersiri Samudera Rindu
Drama Bersiri Samudera Rindu
Drama Bersiri Samudera Rindu
Drama Bersiri Samudera Rindu
Drama Bersiri Samudera Rindu

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV9 iaitu @TV9Malaysia. Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton di kaca televisyen, anda juga boleh layari laman web www.tonton.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vokal Luar Biasa Datuk Jamal Abdillah, Zamani Slam & Ameng Spring di KONSERT 3 SUARA

Tonton Video Muzik Single Terbaru Anuar Zain – ANDAINYA TAKDIR