in ,

Peraduan Menangi Tiket VIP Konsert Promo Tour Mencari Cinta Sejati Cakra Khan

Sempena Konsert Promo Tour Mencari Cinta Sejati Cakra Khan yang akan berlangsung di The Boulevard, Berjaya Times Square pada 18 Disember nanti, Budiey.com dengan kerjasama Sony Music Malaysia menganjurkan Peraduan Cakra Khan Mencari Cinta Sejati Promo Tour 2016 khas untuk pembaca Budiey.com.

Peraduan ini berlangsung seminggu sebelum konsert ini berlangsung iaitu bermula pada 12 Disember hingga 16 Disember 2016 di mana kami menyediakan 20 tiket VIP kepada pemenang. Setiap pemenang berpeluang membawa seorang pasangan.

Konsert Promo Tour Mencari Cinta Sejati Cakra Khan yang akan diadakan di The Boulevard Berjaya Times Square pada 18 Disember, jam 3 petang ini dianjurkan Sony Music Malaysia bersama Music Records dengan kerjasama rakan streaming iaitu Samsung dan Milk Music.

Konsert Promo Tour Mencari Cinta Sejati Cakra Khan

Peraduan Menangi Tiket VIP Konsert Promo Tour Mencari Cinta Sejati Cakra Khan

Siapa kat sini peminat penyanyi bersuara husky dari Indonesia, Cakra Khan? Korang tahu tak dia nak datang Kuala Lumpur sempena dengan pelancaran single terbarunya “Mencari Cinta Sejati”. Jadi, kepada yang nak menang tiket, apa kata sertai peraduan ni.

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan merakam video anda menyanyikan sebuah lagu nyanyian Cakra Khan berdurasi 60 saat dan upload video tersebut ke Instagram anda. Jangan lupa tag @budiey @sonymusicmy @cakra.khan pada video tersebut. Video yang kreatif akan mendapat peluang untuk menang tiket. Kemudian, cipta slogan dan hantar juga emel penyertaan. Setel!

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket VIP untuk hadir di Konsert Promo Tour Mencari Cinta Sejati Cakra Khan.

Ingat hashtag ini: #CakraKhanMy2016 #cakrakhan #ContestCakraBudiey2016 #SonyMusicMy 

https://youtu.be/40hamUdV9QU

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai peraduan ini dan komenlah apa pendapat anda tentang showcase ini di ruangan komen berdasarkan artikel ini. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom

2. Rakam Video Nyanyian Anda Berdurasi 1 minit dan muatnaik ke Instagram

Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan merakam video anda menyanyikan sebuah lagu nyanyian Cakra Khan berdurasi 1 minit dan upload video tersebut ke Instagram anda. Jangan lupa tag @budiey @sonymusicmy @cakra.khan serta hashtag: #CakraKhanMy2016 #cakrakhan #ContestCakraBudiey2016 pada video tersebut. Oh jangan lupa caption tu, korang kena cipta slogan. Video yang kreatif akan mendapat peluang untuk menang tiket.

2. Cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #CakraKhanMy2016. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu menang tiket #CakraKhanMy2016 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Slogan: Saya mahu menang tiket #CakraKhanMy2016 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket VIP Konsert Promo Tour Mencari Cinta Sejati Cakra Khan

Tarikh tutup peraduan:

16 Disember 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Music Malaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sacoor Brothers Dapat Anugerah Superbrands 2016

Senarai Penuh Finalis & Pemenang YouTube Ads Awards Malaysia 2016